TUDUNG adalah helaian pakaian wajib dipakai wanita Islam. Fesyen tudung yang pelbagai ‘memeriahkan’ lagi trend pemakaian hijab.

Tidak dinafikan dalam lambakan fesyen, wujudnya rekaan yang seakan-akan sama. Malah, ada juga pihak yang sengaja menyalin rekaan daripada orang lain dan menjualnya sebagai edisi tiruan.

Seorang pemuda dikenali sebagai Yusfariq memuat naik sebuah video di TikTok meluahkan kekecewaan apabila rekaan tudungnya diciplak oleh jenama tudung terkenal.

Tudung bawal yang direka beliau didakwa adalah yang pertama menggunakan magnet berada di pasaran.

Baca juga Fazura Menitiskan Air Mata 80,000 Tudung Habis Dalam 2 Jam, Anggaran Jualan RM2.16 Juta

Katanya, dia tidak mampu untuk melawan jenama besar itu. Malah apa yang dilakukannya kini adalah untuk membuatkan ibu bapa bangga dengannya.

Tidak sekadar itu, sudah banyak keringat dan pengorbanan dicurahkan untuk memasarkan jenama tudungnya.

“Saya harap dia (jenama itu) akan berhenti meniru idea daripada peniaga-peniaga kecil.

“Saya juga telah menaiktaraf jenis magnet dan fabrik pada koleksi terbaru kerana sayangkan pelanggan,” jelas Yusfariq.

Katanya, perkongsian itu hanyalah luahan dan ingin memberitahu orang ramai bahawa rekaan tudung berkenaan adalah berasal daripadanya.

Video berdurasi 2 minit 53 saat itu mendapat perhatian warga maya.

@yusfariq💔PLEASE STOP COPYING SMALL BUSINESS IDEA. ##thejasmine ##bawalmagnetic

♬ original sound – Abe Yus 🇲🇾🇮🇩 | TJ

Rata-rata warganet menzahirkan rasa tidak puas hati dan simpati kepada pemuda berkenaan.

Iklan

Untuk pengetahuan semua, setiap rekaan boleh dipatenkan sebagai hak harta intelek oleh pemiliknya.

Ia merupakan hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.

Bagi mendapatkan hak rekacipta yang boleh dipatenkan, ia perlu diiktiraf sebagai;

Iklan

– Baru, iaitu reka cipta itu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia.

-Melibatkan langkah mereka cipta yang mana reka cipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut dan dapat digunakan dalam mana-mana industri.

– Pendaftaran paten penting untuk mengeksploitasi rekacipta yang dipatenkan, untuk penyerah hak atau pindah milik. Malah ia juga membolehkan pemilik paten membuat kontrak lesen.

Sumber: Yusfariq, MyIPO