Demi isteri rider, keluarga mangsa kemalangan dirempuh SUV, RM204,322 dikumpul daripada rakyat Malaysia yang pemurah

A
A
A

ISTERI dan keluarga kepada penghantar makanan yang maut serta seorang lagi mangsa cedera parah dalam kemalangan persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, Klang, Selangor baru-baru ini menerima sumbangan RM204,322 daripada rakyat Malaysia yang pemurah.

Menurut pengendali TikTok Founder Misi, Nor Ahmad Faiz Mohd Adli, 31, berkata, tabung itu dibuka jam 10 malam pada Jumaat bagi meringankan beban keluarga kedua-dua mangsa.

Baca juga: ‘Adik paling baik, rajin’ - Abang ipar dedah rider maut dirempuh SUV suka membantu, utamakan keluarga

“Rakyat pemurah kumpul RM204,322 tanpa pengetahuan keluarga mangsa,” titipnya.

Sumbangan berjumlah RM204,322 yang diterima daripada 13,299 individu telah dibahagi sama rata kepada dua bahagian.

Ia menjadikan jumlah sumbangan untuk kedua-dua mangsa ialah sebanyak RM102,161.

“Jumlah tersebut kemudian dipecahkan kepada isteri dan ibu bapa mangsa yang meninggal dunia.

“Bagi mangsa yang cedera parah, saya berikan 80 peratus kepada isterinya iaitu berjumlah RM80,728.80 manakala ibu bapa mangsa menerima 20 peratus iaitu RM20,432.20.

“Kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia, isterinya saya berikan RM51,080.50, ibu arwah pula RM51,080.50,” tuturnya.

Baca juga: [VIDEO] Kereta masuk laluan motosikal sebabkan kemalangan, mujur mangsa ada rakaman

Baca juga: Rider kayuh 3km hantar makanan, rupanya order palsu. Nasib baik ada tolong bayar RM80

Difahamkan isteri kepada mangsa yang cedera parah sedang sarat hamil.

Menerusi video yang dikongsikan, segala proses pengumpulan dan penyerahan dilakukan dengan telus.

Warga maya meluahkan rasa terharu dengan kemurahan hati rakyat Malaysia yang menyumbang. Tidak ketinggalan ramai yang memuji proses yang licin dan tersusun. Ujar mereka:

- “Alhamdulillah saya kagumi cara mcmbantu begini. Dipercayai dan jujur dengan perkongsian butiran yang telus. Orang ramai akan berani menyumbang.”

- “Tentu arwah seorag yang baik dan hebat. Tidak tahu apakah amalannya semasa hayat. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga.”

- “Alhamdulillah agihan yang betul. Terbaik.”

- “Semoga sentiasa murah rezeki anda dan kru yang membantu.”

Baca juga: Penghantar makanan maut kemalangan, tak sempat bergelar bapa

Baca juga: Grab cari rider berani, cuba selamatkan pemandu pengsan dalam kemalangan

Dalam kemalangan yang berlaku pada 23 September lalu, penghantar makanan, Muhaimin Said, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal, Muhammad Azrul, 29, mengalami kecederaan parah.

Baca juga: Kemalangan tragis ibu hamil ‘lahirkan’ bayi di tempat kejadian, suami luah sedih namun reda

Sumber: TikTok Founder Misi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca