Ditangkap di Kedah lepas 2 minggu lolos, 15 fakta Long Tiger dibicara kes peras ugut, rogol

01
01
A
A
A

BARU-BARU ini negara digemparkan dengan seorang lelaki meloloskan diri dari tahanan polis.

Lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger itu melarikan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor sebelum perbicaraan bermula pada 15 Disember lalu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sejak kehilangannya, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, menjadi buruan polis sehinggalah dilaporkan ditangkap ketika menyorok di Kedah.

Semalam, gambar Abdul Hamim yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek putih yang dipegang oleh beberapa anggota polis turut tular di media sosial.

Menurut portal tempatan, ini 15 fakta mengenainya;

1. Pada 15 Disember lalu, Long Tiger melarikan diri melalui pintu masuk utama mahkamah Tangkak sekitar jam 11.55 pagi sebelum pendengarannya.

Baca juga Polis buka kertas siasatan majlis perkahwinan selebriti langgar SOP, 6 fakta berkaitan

2. Dia dijemput dari Penjara Sungai Udang di Melaka sehari sebelum kejadian dan dibawa menghadiri sesi mahkamah untuk kes di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan (kerana peras ugut).

3. Anggota polis yang membawa Long Tiger yang digari ke mahkamah hanya menyedari dia cuba melarikan diri selepas menyedari dia berlari keluar dari pintu menuju ke pintu pagar.

4. Empat anggota polis dan pengawal keselamatan mahkamah mengejar suspek tetapi dia sempat berlari ke arah hutan.

5. Long Tiger akhirnya ditahan dalam operasi khas yang dijalankan polis pada 28 Disember di Sungai Petani, Kedah. Dia didapati menyembunyikan diri di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil.

6. Ketika ditahan kira-kira jam 3 petang, Long Tiger dikesan sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun tergelincir jatuh di lantai dapur rumah. Dia mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan.

7. Polis menahan seorang lagi lelaki berusia 40-an di tempat kejadian yang dipercayai membantu Abdul Hamim melarikan diri dari Johor ke Kedah.

8. Polis masih mengesan beberapa individu lain, dipercayai turut membantu Long Tiger selepas dia melarikan diri.

9. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penahanan lelaki itu dan mengatakan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu tidak lama lagi.

10. Suspek juga sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar atas dakwaan rogol.

11. Peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakilinya.

12. Dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahan itu melarikan diri.

13. Long Tiger dibawa ke mahkamah Mahkamah Majistret Tangkak pagi ini bersama tiga lagi individu lelaki yang berusia 36; 38, dan 46 tahun dipercayai terlibat memberi perlindungan kepada Long Tiger.

Baca juga Nikah 30 tahun terpaksa bubar sebelum tunai umrah, gara-gara ‘rahsia’ disembunyikan orang tua

14. Keempat-empat mereka termasuk lelaki yang berperwatakan wanita yang dicekup bersama-sama Long Tiger di Sungai Petani serta di Yong Peng, Batu Pahat, kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga 1 Januari.

15. Perintah reman terhadap Long Tiger dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin bagi siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 216 kanun sama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca