"Diusirnya aku tepat pada masa, rintihan kejar janji dunia semata"

"Diusirnya aku tepat pada masa, rintihan kejar janji dunia semata"
"Diusirnya aku tepat pada masa, rintihan kejar janji dunia semata"
A
A
A

SETELAH berjaya melunaskan bayaran ikat jamin berjumlah RM35,000 di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Petaling Jaya, penceramah bebas itu sudah dibebaskan selepas direman selama 18 hari oleh pihak polis.

Menurut laporan portal tempatan, peguam belanya, Syed Amirul Syed Edros berkata, bayaran ikat jamin anak guamnya dilunaskan abangnya, Syed Shah Iqram dan pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Dia yang juga bekas peserta program realiti pendakwah, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dibebaskan pada 15 Disember lalu dan kini dikatakan sedang berehat di rumah abang bersama ibunya.

Setelah lama dia menyepi, kini Da'i Syed tampil berkongsi beberapa kata-kata semangat berbentuk puisi di Instagram story miliknya.

"Diusirnya aku tepat pada masa, rintihan kejar janji dunia semata, ku di sini masih diri bagai hamba, sampai mati pasti digarinya.- Lokap SA

"Di dalam bicara aku ditempatkan, adil atau tidak, milik aku bukan, jemput bertemu diriku yang sekarang, jika rindu dulu pasti tiada.

"Yang dibina lama runtuh dalam saat, yang lari takut, yang tingga pasti taat, yang benar ditutup, yang palsu diangkat, perjalanan masih belum tamat," kongsinya.

Baca juga Najib berharap dapat bertemu pakcik tular yang berdoa di luar masjid ketika pengebumian bonda

Apakah itu adalah luahan hati Da'i Syed atau sekadar perkongsian, wallahuaklam.

Sebelum ini, Da'i Syed ada memaklumkan dirinya akan berehat seketika sebelum sebutan semula kes pada Januari 2021 nanti.

Pada 10 Disember lalu, Syed Shah Iqmal, 25, didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, dan pada hari yang sama di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Di Mahkamah Petaling Jaya, dia dikenakan ikat jamin RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan tarikh 19 Febuari ditetapkan untuk sebutan semula kes, manakala di Mahkamah Shah Alam dia dikenakan ikat jamin RM10,000 dan sebutan semula kes pada tarikh 25 Januari.

Sumber foto: Instagram Da'i Syed

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca