PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah sentiasa menjadi perhatian ramai.

Prihatin akan nasib rakyat, anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenaan bertitah melalui hantaran di Instagram.

Baginda yangdifahamkan baharu sahaja melalui pembedahan di sebuah hospital di Singapura dan berkongsi gambar memakai baju pesakit di atas katil hospital.

Dalam menjalani rawatan, sempat jua Tengku Hassanal menitipkan ingatan agar kerajaan bertindak segera selepas bencana banjir melanda bumi Pahang.

Baca juga: “Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan.” -Ustaz Ebit sebak kesungguhan Tengku Hassanal

“Alhamdulillah, saya selesai menjalani operation. Saya mendapat maklumat keadaan banjir di Pahang agak teruk.

“Saya memohon pihak kerajaan Negeri Pahang dan kerajaan persekutuan agar bertindak dengan segera untuk menangani mangsa-mangsa banjir, ” titahnya menerusi Instagram peribadi, this.7.

Tidak memberikan maklumat lanjut berkenaan pembedahan yang dijalani, baginda turut menitipkan doa keselamatan buat mangsa terlibat.

“Saya sentiasa mendoakan semoga semua orang kampung selamat dan berjaya dalam menempuh keadaan bencana banjir yang melanda ini,” katanya.

Baca juga: Putera raja pertama hiking di Gunung Tahan, Tengku Hassanal dipuji warganet

Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 4,230 orang meliputi daerah Kuantan dan Pekan. Malah Sungai Belat di Kuantan dan Sungai Keratong di Rompin merekodkan paras bahaya.

Foto: Sinar Harian

Tengku Hassanal Ibrahim merupakan pewaris takhta kesultanan Pahang Darul Makmur. Diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, baginda diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang berkuat kuasa pada 18 Jun 2018.

Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang keenam, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.

Baca juga: ‘Terima kasih Tengku’ -momen rehat semeja, belanja tali leher rakan sekelas

Iklan

Dalam pada itu, warga maya turut mendoakan agar Tengku Hassanal segera pulih.

– “Semoga cepat sembuh dan sihat sediakala Tuanku.”

– “Ya ALLAH Tengku kenapa ni? Semoga Tengku sihat dan cepat sembuh.”

– “Tak sihat pun still fikirkan rakyat!! Speedy recovery Tengku.”

Iklan

– “Ya ALLAH cepat sembuh Tuanku, semoga ALLAH memberikan kesihatan, keselamatan, dan kebahagiaan, aamiin.”

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.