Doa isteri jadi pelengkap, sentiasa peka aduan pelanggan, rahsia Mursyid Alharamain mampu bertahan 10 tahun tanpa guna selebriti

SEJAK kebelakangan ini, kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam.

Ditambah pula dengan isu kenaikan harga yang membuatkan ramai yang pening kepala.

Itu antara sebab ada sesetengah daripada jemaah yang terpedaya dengan pakej umrah murah dengan harapan dapat membuat penjimatan.

Baca ni ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

Bagi Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB) yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya mengambil berat akan hal itu dan beberapa keperluan signifikan lain.

Pengarah Urusannya, Muhammad Mursyid Abu Hassan berkata, pihaknya yang sudah 10 tahun beroperasi sentiasa berusaha menyantuni jemaah.

Berjaya melepasi dugaan Covid-19, MATTSB katanya, menawarkan keunikan dalam pakej umrah mereka melalui tagline Rasai Kelainan Umrah Bersama Mursyid Alharamain.

“Dari dulu, kami tawarkan lima kali umrah. Kami yang bawa mereka setiap kali umrah dan bukan mereka pergi sendiri dengan teksi. Itu keistimewaan servis MATTSB.

“Selain itu, syarikat juga bawa jemaah menziarahi lokasi-lokasi unik bersejarah, sampai ada beberapa lokasi menjadi ikutan syarikat umrah yang lain. Kami juga tawarkan hotel dekat dan selesa, sajian makanan berkualiti termasuk mutawif berpengalaman,” jelasnya sambil memberitahu ada jemaah yang sudah 13 kali berturut-turut mengerjakan umrah dengan MATTSB dan terdapat juga yang jadi rakan bisnes.

Baca ni ‘Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat’. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 MATTSB di Restoran SACC Kelana  Seafood Shah Alam.

BUKA RESTORAN SENDIRI

Muhammad Mursyid menambah, pihaknya juga sentiasa peka dengan aduan jemaah.

“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka
dengan rasa makanan yang disediakan.

“Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius,” ujarnya.

Tidak menganggap aduan sebagai satu hal yang mencalarkan reputasi, beliau sebaliknya berbesar hati apabila pelanggan sudi memberi maklum balas.

Baca ni Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami

“Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.

“Bertitik tolak daripada maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah,” ujar

Berkat kesabaran, pihaknya berjaya membuka restoran dan katering sendiri di Makkah dan Madinah yang dinamakan Rasa Malaysia.

Usaha gigih yang digembleng MATTSB berbaloi apabila memenangi dua anugerah berprestij, IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards 2023.

Pengiktirafan itu sekali gus membuktikan kepercayaan masyarakat dan industri dengan prestasi jenama Mursyid Alharamain.

TAWAR UMRAH PERCUMA

Kejayaan yang diraih semestinya ada tonggak di belakang Muhammad Mursyid.

Iklan

Tersenyum saat menceritakan hal itu, empunya diri dengan rasa bangga mengucapkan jutaan terima kasih kepada isteri tersayang, Intan Fairuz Ramli yang juga rakan niaga beliau sejak awal pertubuhan syarikat berkenaan.

“Sebenarnya isteri saya ni pelengkap kepada saya. Bukan saja memiliki pandangan jauh dan bernas untuk kembangkan bisnes, tapi dia juga tahu bagaimana untuk jadikan visi dan misi pasukan Mursyid Alharamain menjadi kenyataan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya bagaimana mengharungi pandemik Covid-19 yang banyak membuatkan syarikat gulung tikar beberapa tahun lalu, Muhammad Mursyid berkata, ketika itu beliau tekad mengekalkan semua kakitangan yang selama ini setia jatuh bangun bersama MATTSB.

Baca lagi ‘Cantik dan manis macam ibunya.’ Kongsi sambutan hari lahir anak, warganet puji Amy Mastura tetap awet muda

“Masa itu kami fikir, kami ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga dan kakitangan yang kami anggap sebahagian daripada keluarga.

“Walaupun masa itu agak risau juga bila tengok duit keluar dan simpanan
berkurangan, tetapi alhamdulillah ALLAH lorongkan untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd,” katanya.

Tinggalkan seketika sejarah perit itu, Muhammad Mursyid bersemangat menceritakan tentang perancangan baharu pihaknya.

Kalau tiada aral melintang, beliau bercadang untuk menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort.

Iklan

“Kami sudah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharamain.

“Malah, kami juga mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam,” katanya.

Baca lagi ‘Bila ALLAH tak bagi, jangan prejudis, jangan marah.’ Banyak dugaan nak tunai umrah, perkongsian Datin Alyah bikin sebak!

Bersempena ulang tahun ke-10, MATTSB ingin berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan menawarkan pakej umrah percuma.

“MATTSB turut menawarkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 kerana kita ingin berkongsi kegembiraan dan rezeki yang dikurniakan Allah sehingga dapat bertahan dan berkembang maju sehingga sekarang,” katanya.

Justeru, bagi yang mahu merebut peluang mendapat pakej percuma, pembaca perlu membuat hantaran video atau coretan kenapa anda layak memenangi umrah percuma dan kongsikan di media sosial masing-masing dengan tanda pagar #umrahpercumamursyid dan #mursyidalharamaintravel.

Selain itu, pembaca juga perlu memastikan hantaran itu mendapat Like sebanyak mungkin, selain perlu ‘Like’ dan mengikuti semua laman sosial Mursyid Alharamain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.