Dr Halina teruja bersorak anak masuk pertandingan renang, tak melatah warganet tegur tentang baju 

A
A
A

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

IBU bapa pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan penglibatan anak-anak dalam apa jua aktiviti yang disertai. Datin Dr Halina Mohd Yunos, suri hati Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tidak terkecuali buat memberikan sokongan buat anak-anaknya.

Dr Halina begitu teruja apabila dua anak perempuan dan dua anak lelakinya menyertai pertandingan renang. Melalui video yang dimuat naik oleh Dr Halina di laman Instagramnya, beliau nyata begitu teruja dengan penyertaan anak-anaknya dalam pertandingan tersebut.

Jelas ketara dalam video tersebut, suara Dr Halina memberi sokongan dan semangat kepada anak-anaknya. Nyata Dr Halina juga seperti ibu-ibu yang lain, begitu teruja melihat anak-anak menyertai pertandingan.

 

Baca juga: Sign surat perjanjian, ini cara Dr Halina bagi anak gajet demi belajar online

Baca juga: 'Anak-anak merayu mahu naik lagi, mak, bapa macam mahu pengsan.' -Dr Halina kongsi kisah lucu anak-anak pertama kali naik tren

Dr Halina tidak kisah jika beliau dipandang pelik apabila kedengaran suaranya begitu kuat memberikan sorakan kepada anak-anaknya.

“Ini acara renang anak-anak kami. Saya tidak edit (video) dan memang jelas kedengaran suara saya bersorak. Saya tidak peduli orang kiri dan kanan. Saya hanya mahu bersorak kepada anak-anak” jelas Dr Halina yang tidak kisah suaranya paling kuat didengar.

Melalui perkongsian video di Instagram Dr Halina, ada tiga video yang dimuat naik.

Video pertama yang dikongsi memaparkan aksi Bella dengan 50 meter gaya bebas. Bellla berada di lorong keempat dan memakai topi merah. Masa yang dicatatkan  Bella ialah 42.35 saat.

Video kedua pula menampilkan Tasha yang beraksi bagi acara 50 meter gaya bebas. Tasha berada di lorong 0 memakai topi merah. Masa yang dicatatkan ialah 50.65 saat.

Manakala video terakhir pula memperlihatkan pasangan anak lelaki kembar Dr Halina iaitu Adam dan Noah. Tampil dengan pakaian renang Batman berona hitam dan bertopi biru muda, Adam dan Noah beraksi untuk acara 25 meter kuak dada.

Baca juga: [VIDEO]Ragam 6 anak untuk duduk diam 1 saat, Dr Harlina kongsi sebalik tabir sesi fotografi raya

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Ujar Dr Halina, penyertaan Adam dan Noah dalam pertandingan tersebut adalah bertujuan agar mereka melengkapkan perlumbaan dan membina keyakinan. Masa yang dicatatkan oleh Adam ialah 41.59 saat, manakala Noah pula 53.08 saat.

Di sebalik keterujaan Dr Halina berkongsi momen indah penyertaan ke semua anak-anaknya dalam pertandingan renang tersebut, beliau menerima teguran netizen mengenai pemakaian baju renang yang dikatakan tidak sesuai dan sopan.

Dr Halina bagaimanapun begitu positif atas nasihat yang diberikan. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas teguran-teguran daripada warga maya.

Dr Halina mendirikan rumah tangga dengan Dr Sheikh Muzaphar Shukor Sheikh Mustapha pada 10 Oktober 2010.

Rumah tangga mereka dikurniakan dengan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam, Sheikh Noah, Emilia dan Eusoff.

Baca juga:'Twin 1 is a boy and twin 2 is a girl. Allahuakbar'. Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina dapat kembar lagi

Baca juga: Cukup seminggu kelahiran kembar sepasang, akhirnya Eusoff dan Emelia jadi pilihan

Sumber: Dr Halina 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca