BARU-BARU ini, Sinar Harian telah mendedahkan bahawa peningkatan kes rogol adalah disebabkan oleh suka sama suka.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, berdasarkan rekod sejak tahun 2019 hingga Februari tahun ini , sebanyak 80 peratus kes rogol berlaku disebabkan perkara tersebut.

Nak kata terkejut, tidak juga kerana jika dilihat pada sikap dan pemikiran anak-anak remaja masa kini, seperti memang mudah tergadai ‘body’.

Tidak lagi kerana terhutang budi tetapi kerana keruntuhan moral remaja itu sendiri.

Mereka begitu terbuka dan bebas bergaul. Apatah lagi dengan kewujudan pelbagai aplikasi yang memudahkan sesi beramah mesra.

DM, PM, look around dan sebut sahaja apa caranya, semuanya di hujung jari.

Kemudian, baru seminggu dua berkenalan di media sosial, sudah mengaku boyfriend, sudah panggil mama papa, sudah berani naik kereta dan ada yang paling ‘daring’ sehingga sudah ke rumah pasangan.

Jika ke rumah bujang, apa lagi seterusnya yang berlaku. Faham-faham sendiri kan. Pasti ada syaitan yang menghasut.

Dua minggu kenal dah panggil mama papa! Gelinya…

Ya, kerana nafsu, si teruna pastinya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Dek kerana sayang dan termakan pujuk rayu, si anak dara merelakan diri.

Iklan

Menyesal? Mungkin selepas ditinggalkan oleh lelaki yang berjanji sehidup semati.

Namun apa lagi yang boleh dilakukan, hendak menangis sehingga keluar air mata darah pun dah terlambat, nasi dah jadi bubur.

Baca juga Ikat perut demi adik-adik, sayunya…

Iklan

Pun begitu, undang-undang tetap undang-undang. Lelaki yang melakukan hubungan seks dengan perempuan di bawah 16 tahun walaupun dengan kerelaan adalah satu kes rogol.

Jadi, anda tidak akan terlepas. Berani buat, berani la tanggung!

Namun pokok pangkalnya dalam isu suka sama suka ini, untuk semua kaum hawa, silalah jual mahal dan jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis sang buaya.

Salam Perkenalan
Bibir Merah