'Eloklah gencatan politik, fokus bantuan pulih ekonomi' - belia 

A
A
A

Kami sangat2 harap begitu..penting pemulihan ekonomi & Pandemic

Plan yg baik tp golongan sasar perlu diutamakan..jgn ada yg tertinggal atau dipinggirkan..

Skrg masanya tumpukan pada ekonomi..

menarik juga idea gencatan politik ni..siapa terlebih politik akan didenda..hehe

Ckp ja fokus ekonomi rkyt dari dulu dan kini...Hapuskan kroni dan rasuah sekali gus.

Setuju sgt2 dgn idea yg Terbaik sekali

Yang penting pastikan rantaian makanan terus ke rumap dan setiap kediaman.Bermula daripada pengilang-peruncit-kedai runcit pak andak-meja makan di rumah makcik kiah.Ini keutamaan yg harus diberi perhatian dan bantuan sara hidup kepada golongan yg teruk terjejas iaitu B40

Allahuakhbar

Setuju sgt Semoga berjaya

Fokus adalah sesuatu perkara yg biasanya dilupakan ketika membuat sesuatu perkara.

Alhamdulillah, Bersatu Bermuafakat Membawa Berkat..

Lakukan jangan kata kosong saja...rakyat memerhati anda

Yes..demi rakyat,agama n negara..

setuju

Setuju. Aamin

Komen di atas antara luahan sebahagian besar netizen di page belia tempatan  yang bersetuju supaya gencatan politik dilakukan.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyarankan agar semua pihak melakukan gencatan politik dan fokus memulihkan semula ekonomi rakyat.

Asyraf Wajdi

"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik pengumuman 40 inisiatif dan insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bersifat menyeluruh dan mencakupi semua pihak termasuklah golongan pekerja, perusahaan kecil dan sederhana, belia dan rakyat biasa di pelbagai peringkat.

"Walaupun terpaksa menghadapi serangan, tohmahan, dan kegilaan politik sesetengah pemimpin serta parti politik yang cuba mengganggu gugat kestabilan pentadbiran, wujudnya pelan PENJANA ini adalah bukti kesungguhan dan komitmen Kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dan mengembalikan kesejahteraan rakyat," katanya.

Artikel berkaitan: Selain Covid-19, ini 4 sebab serius belia menganggur meningkat, semaklah kembali polisi pekerja asing

Beliau mengakui sememangnya tempoh tiga hingga emam bulan akan datang adalah saat paling getir buat rakyat untuk kembali menyesuaikan diri dalam kehidupan yang kian mencabar lantaran kegawatan ekonomi semasa pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Pandemik Covid-19.

Justeru, kata Asyraf Wajdi, bagi merealisasikan agenda pemulihan ekonomi rakyat ini, Pemuda UMNO menyarankan agar ahli-ahli politik tidak kira daripada gabungan parti-parti politik dalam Kerajaan mahupun pembangkang dapat segera melakukan gencatan politik buat seketika.

"Penggembelengan usaha ke arah membela nasib rakyat yang kian resah dan susah harus menjadi keutamaan ketika ini berbanding perkiraan untung rugi perpolitikan jangka pendek dan perebutan kuasa berterusan yang hanya akan memudaratkan rakyat dan negara jangka panjang.

"Kami Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggerakkan seluruh jentera di 191 Bahagian bagi memantau pelaksanaan PENJANA dan memberikan maklumbalas dari semasa ke semasa kepada pihak Kerajaan bagi memastikan segala objektif pemulihan ekonomi negara mampu direalisasikan!," katanya.

SinarPlus percaya lebih ramai masyarakat belia yang mengharapkan gencatan politik benar-benar dipraktikkan di negara ini.

Mana taknya, umum tahu kerja politik di negara ini seakan tidak bertebing. Akibatnya, mereka yang menjadi mangsa sudah tentu rakyat biasa.

Moga semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan mahupun pembangkang mengutamakan rakyat jelata. -AG #JanganPutusAsaMalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca