Flex bantu Eliza dan keluarga harungi detik sukar apabila suami tiba-tiba hilang pekerjaan
COVID-19 benar-benar memberi tamparan hebat buat keluarga Eliza Atan. Suaminya, Mohd Isa Shaari, 55, yang bekerja di Singapura dalam industri pembinaan, hilang pekerjaan sebaik pintu sempadan kedua-dua buah negara ditutup pada Mac tahun lalu.
Bukan hanya Mohd Isa, malah sejumlah rakyat tempatan yang mencari rezeki di republik itu turut terkesan. Sebilangan besar daripada mereka juga terkandas di sana sebelum dapat pulang ke tanah air setelah sekian lama.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
"Pada saat suami hilang pekerjaan dengan sekelip mata, memang perit kerana semua bebanan termasuk kos sara hidup saya perlu tanggung seorang diri kerana suami sudah tiada pendapatan bulanan."Terus terang saya katakan, sebelum ini kami berada di zon selesa kerana gaji suami dapat menanggung kehidupan kami selama ini. Namun selepas pandemik berlaku, segala-galanya berubah," cerita wanita itu yang menetap di Bandar Uda Utama Perling, Johor.
Kepada SinarPlus, ibu kepada empat anak itu akui sangat merindui momen manis ketika Mohd Isa berkerja di Singapura.
"Bayangkan, sudah lebih 20 tahun dia bekerja dan berulang-aling dari Singapura ke Malaysia. Setiap hari, saya akan bangun awal pagi untuk uruskan dia yang akan bertolak ke seberang Tambak jam 4.30 pagi."Tiba-tiba rutin itu terhenti apabila secara tiba-tiba dia hilang kerja. Memanglah sedih mengenangkan semua itu. Suami pun kadang-kadang mengeluh dan anggap dirinya tidak berguna kerana menjadi bebanan keluarga.
“Sebagai isteri, sudah tentulah emosi saya juga sama terganggu. Namun, saya perlu kuat," luah anak jati Negeri Sembilan itu lagi.
Rezeki
Setiap musibah yang berlaku, pasti ada rahmat di sebaliknya. Eliza mengakui kerjayanya sebagai penyelia di Flex menjadikannya optimis dan bersemangat untuk mara ke hadapan demi keluarga tercinta.
"Alhamdulillah, pada saat ditimpa ujian yang tidak disangka-sangka, saya bersyukur kerana masih mempunyai kerja tetap yang boleh membuatkan kami terus bernafas. Flex juga tidak ubah seperti sebahagian keluarga besar yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada saya."Selama lapan tahun berkhidmat, saya diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab mengendalikan projek baharu, walaupun kadangkala menguji kesabaran mental dan fizikal saya. Pun begitu, semua cabaran yang dilalui membuatkan saya lebih matang," kongsinya yang sudah berkhidmat di Flex sejak tahun 2013.
Sepanjang berada di syarikat berkenaan, dia banyak belajar menguruskan kewangan keluarga dengan bijak. Ini termasuk urusan perbelanjaan dapur, mengatur bayaran pinjaman rumah dan kereta dengan baik. Wang simpanan yang menjadi tabungan selama ini pula hanya akan digunakan ketika terdesak.
"Kalau saya tidak berkerja, tidak tahulah bagaimana nasib kami sekeluarga. Apa yang boleh saya katakan, pendapatan tetap dan stabil di Flex membuatkan saya mampu kembali tersenyum.“Hari demi hari, saya juga dapat membiasakan diri menghadapi norma baharu kini," katanya yang turut menjaga abangnya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan kini sakit terlantar.
Menyentuh tentang pembahagian masa di antara kerjaya dan keluarga, Eliza bersyukur kerana dikurniakan kumpulan staf yang produktif dan suami yang banyak membantu menguruskan hal rumah tangga.
Baca juga [VIDEO]Demi kehidupan, pak cik 68 tahun jadi rider penghantar makanan runtun hati ramai
"Sebagai seorang ibu dan isteri, bebanan tanggungjawab itu lebih berganda-ganda lebih-lebih sekarang ini, saya sedang sibuk mengendalikan projek baharu.“Namun, semua kepayahan tersebut dapat diringankan kerana suami memahami dan ringan tulang. Suami banyak bantu buat kerja-kerja rumah selain menguruskan seorang anak kami berusia 12 tahun yang masih bersekolah.
“Mungkin sudah prinsip kami susah senang bersama, jadi apa pun dugaan yang datang menimpa diterima dengan reda. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan,” ujarnya menutup perbualan.
"Mujurlah pendapatan tetap dan stabil di Flex mampu membuatkan saya kembali tersenyum. Hari demi hari, saya juga membiasakan diri menghadapi norma baharu kini."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang