PERNAH menggemparkan negara pada Julai lalu seorang warga emas digelar pak cik dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing.

Kejadian menggelikan itu dilaporkan dilakukan di belakang rumah jirannya.

Dalam pada itu warga emas yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes cabul, hari ini dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Kubu Bharu.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menurut Hakim, Nurul Mardhiah Mohammed Redza, ini 6 fakta kes berkaitan;

1. Hukuman itu dijatuhkan ke atas Shaari Hasan, 60, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes hari ini.

2. Mahkamah juga mengarahkan tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas keluar dari penjara, selain mendapatkan khidmat kaunseling.

Iklan

3. Sebelum menjatuhkan hukuman itu, hakim berkenaan menyoal punca kematian kambing berkenaan dan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Noor Harun menyatakan ia adalah disebabkan kegagalan paru-paru.

Hukuman itu dijatuhkan ke atas Shaari Hasan, 60, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes hari ini.
Gambar internet.

4. Dalam prosiding itu, tertuduh juga mengesahkan barang kes termasuk gambar kambing, pakaian miliknya yang dirampas semasa kejadian iaitu sehelai baju T berwarna hijau dan seluar panjang berwarna coklat, yang ditunjukkan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

5. Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang, Selangor pada 1.33 tengah hari, 27 Julai lalu, mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Baca juga Lelaki 60 Tahun Buat Onar Nodai Kambing Betina Jiran Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah, Berikut 10 Fakta Kes

6. Terdahulu peguam Muizzudin Schanni Feizal Maurice Feizal memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara dari tarikh tangkap, dengan alasan tertuduh menyesal dengan perbuatannya selain hukuman berpatutan terhadap tertuduh.

7. Kata Muizzudin, tertuduh warga emas dan tinggal sebatang kara, memandangkan seksyen ini memperuntukkan hukuman sebat, mohon hukuman itu (sebat) tidak dikenakan berikutan tertuduh seorang warga emas.

Iklan

8. Sementara itu Khairunnisa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh.