TIDAK mengakui sehelai baju T berwarna hijau dan seluar panjang berwarna coklat yang ditemui di tempat kejadian, seorang warga emas sekali gus mengaku tidak bersalah melakukan perlakuan pelik berhubungan intim dengan kambing betina jirannya.

Lelaki berkenaan yang juga merupakan seorang duda dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii itu pada Julai lalu.

Baca juga: Gorila pernah viral kerana swafoto, mati dalam pelukan penjaga

Perkara sumbang ini jarang sekali terjadi dan amat menggelikan. Bagaimana ia berlaku? Berikut kronologi kes hubungan songsang dengan haiwan ini.

1. Kejadian kambing ‘dinodai’ hanya disedari pemiliknya iaitu wanita berusia 45 tahun. Dia terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya.

2. Ia berlaku pada 1.30 tengah hari, 27 Julai lalu di Kampung Sungai Buaya, Rawang.

3. Menurut polis, wanita berkenaan yang pergi ke kandang kambing itu dan mendapati seorang lelaki yang dikenalinya berada dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing milik wanita tersebut.

4. Selepas menyedari kehadiran wanita terbabit, suspek bertindak melarikan diri. Lebih menyedihkan, hasil pemeriksaan selepas itu mendapati kambing betina yang menjadi mangsa lelaki itu telah mati.

5. Tertuduh yang berusia 60 tahun didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

6. Ketika perbicaraan, dia yang memakai baju kemeja bercorak flora mengangguk faham dan mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

7. Bagaimanapun, dia tidak mengaku pakaian miliknya yang dirampas semasa kejadian.

Iklan

8. Susulan itu, Hakim berkata pengakuan salah tertuduh tidak boleh diterima memandangkan dia tidak mengakui barang kes tersebut dan meminta pertuduhan terhadap lelaki itu dibacakan sekali lagi dan tertuduh mengaku tidak bersalah.

9. Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu adalah serius, namun peguam Zolazrai Zolkapli yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya tinggal seorang diri.

10. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Iklan

Terdahulu, pada tahun 2020, negara digemparkan dengan kes di Kedah dimana seorang lelaki melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor ayam. Nafsu pelik terhadap binatang itu dipanggil Bestiality.

Baca juga: Ular tedung masuk rumah, 5 kucing jadi hero, kepung hingga anggota penyelamat sampai

Baca juga: [VIDEO] Jarang dilihat manusia, jerung paling ganas di dunia, penuh parut, kesan gigit 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!