KELAHIRAN putera sulung, Tengku Muhammad Johan Petra menyerikan rumah tangga Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra.

Diputerakan pada 17 Julai 2023, Tengku Muhammad Johan Petra dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Baru-baru ini, Che Puan Sofie memuat naik foto terbaru cahaya matanya memakai romper baju Melayu.

“17 September, baby Johan kini berusia dua bulan, sangat gembira memakai baju Melayunya,” titip baginda yang turut berkongsi tentang hari sambutan kemerdekaan negara pada 31 Ogos dan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September.

Baca juga: Comel persis ayahanda, bonda, Tengku Muhammad Johan Petra putera menyerikan rumah tangga Tengku Mahkota, Che Puan Mahkota Kelantan

Baca juga: Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Johansson Petra selamat lahirkan anakanda pertama

Terdahulu, Che Puan Sofie memuat naik foto baginda suami isteri dan Tengku Muhammad Johan berbaju Melayu rona pastel.

Baginda juga turut memuat naik foto puteranya bersama Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Baca juga: Berserinya ibu hamil, Che Puan Sofie bakal bersalin Julai 2023

Baca juga: [15 FOTO] Kemunculan Sultanah Nur Diana Petra sekali lagi jadi tumpuan, diiringi Che Puan Sofie

Warga maya teruja dengan perkongsian berkenaan menitipkan doa agar putera membesar dengan sihat.

Malah tidak kurang yang melihat Tengku Muhammad Johan persis ayahandanya.

Iklan

– “Copy paste his father, masya-ALLAH tabarakallah.”

– “Semoga Tengku Muhammad Johan sihat, sentiasa ceria dan dilindungi ALLAH, aamiin.”

– “Masya-ALLAH comelnya Tengku Johan.”

– “Comelnya Tengku Muhammad Johan, handsome boy Pan-Asian.”

Iklan

Baca juga: Comelnya Tengku Saidatul Ihsan Putri, Che Puan Juliana Evans, suami akikah cahaya mata kedua

Sumber: Instagram ljo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!