COMELNYA cahaya mata kedua pelakon dan pengacara, Yang Mulia Che Puan Juliana Evans ini.

Diputerikan pada 17 Jun 2023 lalu,  Yang Mulia Tengku Saidatul Ihsan Putri binti Tengku Shariffuddin Shah yang baharu genap tiga bulan mencuri tumpuan warga maya.

Baru-baru ini, Juliana memuat naik foto terbaru Tengku Saidatul Ihsan Putri dalam upacara cukur jambul dan akikah.

Sedondon merah jambu, majlis berlangsung meriah dengan kehadiran kerabat dan ahli keluarga.

Baca juga: Comel persis bonda, puteri kedua Che Puan Juliana Evans jadi tumpuan warganet

Baca juga: Juliana Evans selamat bersalin, timang anak perempuan kedua

Menerusi kapsyen yang dikongsikan, nama Tengku Saidatul Ihsan Putri diberikan sempena nama nenda suaminya, Yang Amat Mulia Raja Nor Saidatul Ihsan binti Almarhum Tengku Badar Shah.

“Dalam foto terakhir, suami saya berdiri di sebelah potret neneknya yang cantik. Anak kedua kami namakan sempena namanya,” titip Juliana.

Baca juga: Penyakit ‘ain punca ramai tak tayang gambar bayi. Amal doa pelindung dan langkah berjaga-jaga

Baca juga: Ibu bapa tak mampu, anak buat akikah sendiri bila dewasa

Kecomelan puteri cilik itu mencuri perhatian warganet. Kerabat dan warga maya memuji rupa paras cantik Tengku Saidatul Ihsan Putri.

– ” She looks just like you, masya-ALLAH.” – Che Puan Khaleeda

Iklan

– “Like mommy, like daugther. Beautiful, masya-ALLAH.” – Che Puan Syamim Farid

– “Che Puan, so cute anakanda kedua ini, seiras sangat dengan mummy. Puteri sulung persis daddy.”

– “Cantiknya baby girl.”

Juliana atau nama sebenarnya Che Puan Juliana Sophie Johari Evans mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor dan Johor, Tengku Shariffuddin Shah bin Tengku Sulaiman Shah Al-Haj pada April 2017.

Mereka terdahulu dikurniakan cahaya mata sulung, Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri yang kini berusia empat tahun.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Belum akikah lagi sejak kecil kerana ibu bapa tak mampu…

Baca juga: Sembelih dua ekor kambing berasingan untuk anak lelaki, adakah masih dikira sebagai akikah?

Sumber: Instagram Che Puan Juliana Evans

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!