BUKAN dikatakan menipu, namun cara perniagaan dijalankan sangat menakutkan iaitu memaksa membuat bayaran. Ramai warga emas yang terkena.

Datang terjah kerumah-rumah di kawasan kampung khususnya, hanya ibu atau bapa sahaja yang ada ketika sesi ‘paksa beli’ itu berlaku.

Awas! Sesiapa yang ada ibu ayah tinggal berseorangan, mereka menjadi sasaran utama oleh si tukang cek kepala gas yang kini sedang berleluasa di Pantai Timur.

Difahamkan aktiviti ini memang berleluasa sejak beberapa tahun ini namun kini mereka menggunakan kaedah yang lebih licik. Kepada SinarPlus, mereka berkongsi;

Kes A

“Makcik buka sahaja pintu dapur, terus menjelma lelaki itu. Dia berkata, saya tukang cek kepala dapur gas makcik. Makcik sudah melarang dan beritahu tak mahu kerana tiada wang. Namun si tukang tadi terus meluru memasang yang dikatakan percuma pemasangan itu. Sudah
berulang kali dicakap tidak mahu dan tiada duit namun si tukang hanya buat tak tahu dan terus memasang perkakas itu sehingga siap.

“Selepas siap, tukang itu pun terus menunjukkan jumlah yang perlu dibayar iaitu RM377 namun selepas diskaun jadi RM370. Ketika itu anak-anak tiada di rumah kerana kerja dan makcik
terpaksalah membayarnya!

“Yang sedihnya, si penjual langsung tidak memberi resit bayaran dan hanya sekeping nota cara pemasangan sahaja ditinggalkan beserta nombor telefon.”

Kes B

“Makcik didatangi seorang gadis, katanya, dia datang untuk cek tahunan kepala gas yang makcik guna. Ada minta izin ke dapur untuk terus cek, katanya dikhuatiri kepala gas itu sudah rosak dan bahaya.

“Dengar gadis itu berkata begitu, makcik turut panik. Rupanya terus dia pasang perkakasnya itu dan mengatakan pemasangan percuma.

“Nasib baik ketika itu ada suami makcik dirumah, dan suami bertanyakan adakah itu kena bayaran.

Selepas siap baru dicakapnya harganya RM370. Makcik terkejut dan terus mengatakan tidak mahu namun gadis itu merayu dan mengatakan itu sudah murah. Makcik dan pakcik terpaksa bertegas tidak mahu, baru dia ambil semula perkakas dipasangnya.”

Iklan

Artikel berkaitan: Lelaki gelang pink beli belah di pasar raya, cetus panik pengunjung

Kes C

Luahan melalui Facebook KAMI DAK PAPAN TIMUR,SUNGAI MAS DAN BANDAR MAS,

“Saya tidak katakan mereka menipu 100%… tapi mereka berniaga dengan cara paksaan dan dengan cara menakutkan, jika tidak tukar kepala gas dengan mereka adalah bahaya katanya. Bila saya tanya berapa harga jika tukar hose dan kepala gas? Harganya adalah RM350.

“Antara perkara yang saya nampak caranya salah, mereka beritahu wife saya mereka memang dihantar wajib untuk check kepala gas. Tapi bila saya pulang ke rumah dan bertanya semula, adakah memang wajib atau anda buat sale? Mereka menjawab ”ya , kami buat sale” dan satu lagi , bila saya cakap ”takpa lah bos , tak perlu check dan tukar buat masa ni. Dengan selamba mereka berkata:

” Ohh takpalah bang, mungkin abang ni jenis kuat berdoa. Ammbooii kau! Nak buat sale sampai nak cakap macam tu pulak? Patut ke? Bila saya minta certificate safety apa yang mereka ada, mereka hanya tunjukkan card company sahaja. Dan dengan selamba sahaja saya berkata, Dah!
Blah!

Kes D

Baru-baru ini (time hari bekerja) mak saya cakap ada budak datang umah nak check kepala gas selepas tu test kepala gas mak saya dan dia kata ada kesan bahaya walaupun ada cop sirim…kena pulak budak tu pandai bodek mak saya suruh beli kepala gas tanpa meter dia dengan harga RM208.

Iklan

“Saya tak puas hati terus ambik kotak barang dan ada benda yang dicurigai; tiada cop sirim, dalam resit tiada barang yang dijual, warranty tiada cop syarikat, cop waranty 3 tahun tapi potong
dengan pen tulis 1 tahun, manual pengguna kepala gas lain, tiada dalam laman web jenis barang tersebut dan banyak aduan berkenaan kepala gas tersebut dalam intenet.”

Jadi, berhati-hatilah korang semua ya… Mudah-mudahan tidak terkena dengan perangkap pasang percuma tapi bayar kemudian dengan harga ratusan ini!

Namun tidak dinafikan anak-anak juga kena ambil tahu keadaan hose dan kepala gas di rumah ibu bapa, jika dah bertahun tidak tukar, bolehlah mencari altenatif menukarnya untuk keselamatan.