Hilang 6 ahli keluarga dalam 15 hari, wanita trauma dapat call Hospital Sungai Buloh
MENGUBATI kesedihan selepas kehilangan insan tersayang khususnya ahli keluarga dan pasangan tercinta sememangnya bukan mudah.
Sakitnya menghadapi pemergian itu bagaikan dentuman halilintar memecahkan gunung-ganang. Sangat memeritkan.
Namun begitu, setiap perkara berlaku ada hikmah di sebaliknya, yang mana ia turut mengajar kita menjadi insan lebih matang dan tabah.
Situasi sedemikian dialami oleh pengguna Facebook dikenali Farah Adilah yang kehilangan enam ahli keluarga termasuk ibu dan adik dalam tempoh 15 hari.
"Allahuakbar, ya ALLAH, hilang segala kata-kata. Tak terucap, kelu lidah, terduduk baru sebentar tadimenerima panggilan dari doktor.
"Berita yang paling kami tak sanggup nak dengar lagi, kematian. Sememangnya kami sudah trauma mendapat panggilan dari Hospital Sungai Buloh. Jantung tersentak..." tulisnya baru-baru ini.
Menurut wanita itu dalam tempoh 15 hari saja keluarganya berhadapan kehilangan saudara terdekat yang
sangat memeritkan.
"Kematian pertama ibu saya pada 15 Jun dan hari ini (30 Jun) sudah enam orang keluarga kami telah kembali pada-NYA."Dalam masa 15 hari saja sudah enam kematian dalam keluarga kami, ALLAH, sangat speechless," ujarnya yang turut berkongsi butiran lanjut kematian akibat Covid-19 dan masalah kesihatan.
1. Azizah Mohd Yusoff (mama) - 15 Jun 2021, 8.30 pagi
2. Normah Mohd Yusoff (mak cik) - 23 Jun 2021, 3.20 pagi
3. Farah Nadiyah Shamsudin (adik) -23 Jun 2021, 7.11 petang
4. Shamsudin Abdullah (ayah) - 27 jun 2021, 5.01 pagi
5. Hasmah Mohd Yusoff (mak cik) - 30 jun 2021, 12.45 pagi
6. Abd Razak Noor(pak cik)- 30 Jun 2021, 10.37 malam
Justeru itu, Farah Adilah memohon orang ramai mendoakannya.
"Mohon doakan kesejahteraan agar keluarga kami diberikan kekuatan menerima takdir yang telah ALLAH rencanakan."Tiada daya bagi kami Ya ALLAH. Hanya padaMu kami berserah Ya ALLAH.
Baca juga Kain pengelap disangka bendera putih, wanita terima ‘bantuan’ 40 minit selepas kain dijemur
"Mohon beri ruang untuk kami bertenang dan meredakan emosi ketika ini. Doakan kami, doakan kami dan doakan kesejahteraan kami."Kami berserah sepenuhnya pada ALLAH yang MAHA MENGATUR segalanya," ujarnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menitipkan doa dan memberi kata-kata semangat buatnya.
Al-Fatihah. Salam takziah.
Sumber: FB Farah Adilah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang