Kain pengelap disangka bendera putih, wanita terima ‘bantuan’ 40 minit selepas kain dijemur

A
A
A

KEMPEN mengibarkan bendera putih adalah inisiatif masyarakat untuk membantu golongan yang sedang berhadapan situasi terputus bekalan makanan atau memerlukan bantuan.

Ia lahir atas keprihatinan bagi mengelakkan mereka yang sedang berdepan dengan situasi getir menanggung beban seorang diri.

Menggantungkan bendera putih memudahkan orang ramai mengenalpasti dan membantu. Difahamkan dalam beberapa kes sebelum ini, bantuan sampai dalam masa yang singkat.

Bagi pengguna Facebook Annie Sait yang tinggal di Kota Kinabalu, lain pula ceritanya.

Tindakannya menggantung kain pengelap di bahagian tingkap rumah disangkakan sebagai mengibarkan bendera putih.

Baca juga Bila Tengok Bendera Putih, Terus Berair Mata – Fouziah Gous

Menerusi perkongsiannya, beliau yang pada awalnya beranggapan penghantar barangan daripada syarikat kurier yang tiba di rumah.

Namun wanita itu terkejut apabila mendapati individu yang hadir adalah menghulurkan bantuan berikutan melihat kain putih yang digantungnya.

Susulan itu, beliau kemudiannya terus menjelaskan perkara sebenar bahawa beliau terlupa dengan kempen yang sedang dijalankan.

Tindakannya adalah sekadar mahu menjemur kain pengelap di luar rumah.

Tambahnya lagi, jiran prihatin yang tampil memberi sumbangan tersebut bukanlah jiran terdekat. Walaupun tidak mengenali individu tersebut, keikhlasan dan kepekaannya dipuji.

Baca juga Kibar Bendera Putih, Petanda Isi Rumah Putus Bekalan Makanan. Hulur Bantuan Segera

Foto: Freepik

Perkongsian daripada wanita ini membuatkan warga maya bersasa lega serta bersyukur dengan keprihatinan masyarakat.

Rata-rata netizen menyifatkan kempen itu berjaya dalam usaha membantu individu yang kurang berkemampuan pada musim pandemik ini.

Sikap cakna dan peka masyarakat untuk membantu orang ramai yang kurang bernasib baik ini diharapkan berterusan dan memberikan manfaat secara keseluruhannya.

Sumber: Annie Sait

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca