HomeKisah MasyarakatCerita Orang KitaTergamaknya! Ibu 74 tahun...

Tergamaknya! Ibu 74 tahun maut disyaki dipukul anak perempuan tak tahan kerenah, ini kronologi

Tergamaknya! Ibu 74 tahun maut disyaki dipukul anak perempuan tak tahan kerenah, ini kronologi

SEORANG ibu berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya sendiri!

Kejadian yang berlaku sebuah rumah di Tambun Tulang, Perlis itu benar-benar meruntun hati ramai. Berikut kronologinya:

1-Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Tengku Fauziah pada 5.30 pagi berhubung insiden itu.

2-Siasatan awal mendapati pihak hospital menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan wanita itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.

3-Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, dahi, telinga kanan dan sedikit kesan luka pada jari kaki kiri.

Baca juga: Tergamaknya! Leher dipasung di hutan, ibu meraung selepas ditemui, ini alasan keluarga

Kredit: Gambar tular

4-Mayat warga emas itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.

5-Pemeriksaan lanjut menemukan kesan lebam pada dahi, ubun kepala dan lidah.

6-Manakala tulang rusuk ibu tua itu juga didapati patah.

7-Punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan makmal.

8-Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan memaklumkan anak perempuan mangsa yang berumur 34 tahun membuat pengakuan telah memukul warga emas itu pada bahagian muka dan kepala menggunakan tangan pada 9 pagi sehari sebelumnya.

9-Hasil temu bual mendapati keterangan yang meragukan. Suami suspek berusia 34 tahun turut didapati terlibat dalam kejadian itu.

10-Si anak mendakwa punca pertengkaran bermula apabila dia tidak tahan dan terlampau tertekan dengan kerenah ibunya yang mengalami strok di bahagian badan sebelah kiri.

11-Kedua-dua suspek tidak mengaku membunuh si mati dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

12-Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

13-Polis akan membuat permohonan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kangar.

Tergamaknya seorang anak memukul ibu sendiri yang mengandung dan membesarkan.

Jika dihitung, pasti tidak akan terbalas jasa dan pengorbanan ibu. Fitrahnya kasih sayang seorang ibu, berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada permata hati.

Tidak tercapai pada akal manusia apabila ada yang sanggup menyakiti ibu yang disayangi, seperti dalam kes yang berlaku di Arau, Perlis ini. Moga kes diadili dan pelaku diberikan hukuman yang setimpal.

Baca juga: Tergamaknya! Suami buang isteri sakit strok dalam hutan

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBU BAPA

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

SEMASA HIDUP

1-Berlaku baik kepada mereka dan tidak meninggikan suara di hadapan mereka.

Ini berdasarkan firman ALLAH SWT sebagaimana yang telah dinyatakan di atas:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

al-Isra’:23

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

2-Membantu mereka dari sudut kemampuan setakat yang mampu. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَ الرَّجُلِ مِنْ كَسْبِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik apa yang dimakan oleh seseorang adalah berasal daripada usahanya dan sesungguhnya anak seseorang adalah berasal daripada usahanya.” [Riwayat al-Nasa’ie (4449)]

3-Taat kepada mereka dan tidak sesekali menderhaka.

4-Sentiasa berdoakan mereka. Nabi SAW bersabda:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seseorang insan itu, maka akan terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.” [Riwayat Muslim (1631)]

SELEPAS KEMATIAN

Iklan

1-Melunaskan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang dengan ALLAH SWT seperti puasa, haji, nazar dan sebagainya. Di antara dalilnya adalah, daripada Ibn Abbas R.anhuma:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَعَلَيْهَا صَوْمُ شَهْرٍ، أَفَأَقْضِيهِ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى

Maksudnya: Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan (meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qada puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW bersabda: “Ya, kerana hutang dengan ALLAH lebih berhak untuk tunaikan.” [Riwayat al-Bukhari (1953)]

2-Melangsaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi kepada manusia setakat yang mampu.

3-Sentiasa mendoakan mereka kerana doa seorang anak yang soleh kepada merupakan amalan yang tidak terputus.

Tambahan pula, al-Quran menuntut agar seorang anak itu sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan buat kedua ibu bapanya melalui firman ALLAH SWT:
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

al-Isra’:24

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu merendahkan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

4-Menziarahi sahabat-sahabat kepada kedua ibu bapa untuk menyambung pertalian silaturrahim dengan sesiapa sahaja dan bukan sahaja sesama ahli keluarga sahaja.

5-Bersedekah untuk mereka walaupun selepas meninggal dunia. Daripada Ibn Abbas RA bahawa Sa’ad pernah bertanya Rasulullah SAW:
إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ وَلَمْ تُوصِ، أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia dan belum sempat dia berwasiat. Maka bolehkah aku bersedekah untuknya? Baginda SAW menjawab: Ya.” [Riwayat al-Nasa’ie (3654)]

6-Menunaikan dan memenuhi wasiat-wasiat ibu bapa yang telah pergi dengan baik.

Iklan

Ibu bapa merupakan anugerah yang istimewa buat setiap insan. Justeru itu, menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga insan-insan keramat ini dan memberi khidmat yang terbaik.

Dosa mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa bukan kepalang besarnya! balasannya akan dipercepatkan oleh ALLAH SWT di dunia lagi.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ

Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh ALLAH hukumannya mengikut kehendak-NYA sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya ALLAH akan menghukum pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” [Riwayat al-Hakim (7263)]

Baca juga: Ibu bapa kita bukan harapkan layanan VIP, cukup sekadar kasih sayang dan perhatian. Ini tip penting ketika menjaga mereka

Sumber: Bernama, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis

Norjuma didakwa atas lima pertuduhan, cederakan tiga individu, lakukan khianat

BEKAS personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed dihadapkan di empat Mahkamah Majistret...

Ensefalitis: Keradangan otak akibat jangkitan. Benarkah gaya hidup atau stres jadi punca? Pakar ini kongsikan penjelasan

SECARA global, dianggarkan sejumlah 1,444,720 kes dan 89,900 kematian dicatatkan akibat...