MENGIDAM adalah salah satu perkara yang biasa dialami kepada ibu yang sedang hamil. Ia boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Namun ibu hamil ini sedikit unik kerana mengidamkan untuk menaiki kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Demi merealiasikan impian si anak yang sedang hamil, seorang ibu yang juga pengguna TikTok Omma Ellysha membantu dan berusaha mendapatkan bantuan warganet.

“Pagi ini Kak Ngah WhatsApp ibu nak naik kereta kebal. Mana ibu nak cari Kak Ngah. Pelik mengidam dia, minta kuasa viral TikTok bantu anak Omma realisasikan impiannya. Lepas mengidam jadilah,” titipnya.

Baca juga: [VIDEO]Wanita hamil anak ke 2 mengidam jadi pengantin diarak keliling kampung

Baca juga: [VIDEO] Mengidam bau tar jalan, suami pasrah layan kehendak isteri sedang hamil

Kredit foto: TikTok Omma Ellysha76

Malah beliau sudah cuba memujuk si anak untuk menaiki kereta kebal di muzium bagaimanapun ibu hamil berkenaan mengidamkan untuk berada di dalam jentera yang sedang bergerak.

“Mana ibu nak cari, mengidam jenis apa Kak Ngah? Nak bagi ibu cucu lelaki ya. Alhamdulillah ibu cuba tunaikan permintaan Kak Ngah, semoga dipermudahkan,” titip si ibu.

Baca juga: Selepas hasrat mengidam buah potong tercapai, wanita hamil buat sesuatu yang mengharukan warganet

Baca juga: Khairul Aming raih pujian masakkan peminat mengidam air tangannya

Kredit foto: TikTok Omma Ellysha76

Bagaimanapun, impian Kak Ngah akhirnya tercapai apabila berpeluang menaiki kereta kebal di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan, Kak Ngah sebak hingga menitiskan air mata apabila berpeluang melihat kereta kebal berada di depan mata.

Kredit foto: TikTok Omma Ellysha76

WANITA itu yang kemudiannya menaiki kereta kebal tidak henti menangis terharu kerana segala impian sudah tertunai.

Melihat apa yang diidamkan anak menjadi kenyataan, Omma Ellysha turut menitiskan air mata.

“Sebagai ibu, selagi ibu bernafas, ibu sedaya upaya tunaikan. Selagi ibu mampu,” titipnya pada video yang memaparkan mereka sekeluarga berada di dalam kereta kebal yang bergerak.

Kredit foto: TikTok Omma Ellysha76

Warga maya rata-rata terharu menyaksikan kasih sayang dan usaha seorang ibu memenuhi permintaan anak yang mengidam.

-“Alhamdulillah pergorbanan seorang ibu untuk hajat anak yang mengandung.”

-“Allahuakbar aku pula rasa sedih dan bangga, terbaik ATM.”

Iklan

-“Inilah yang dikatakan budi bicara.”

-“Terbaik abang-abang askar, semoga segalanya dipermudahkan urusan. Hanya ALLAH yang dapat membalas kebaikan kalian.”

-“Saya sebak kak, semoga anak yang bakal lahir gagah perkasa seperti perwira negara.”

-“Alhamdulillah, mengidam ni kalau tak dapat menangis tanpa henti. Keinginan itu lain macam, siapa pernah rasa dia tahulah.”

Baca juga: Tarikh jangka sudah lepas belum bersalin lagi, ibu hamil ‘overdue’ lebih 42 minggu ini puncanya

Iklan

Baca juga: Radang otak, keguguran, bahayanya influenza kepada ibu hamil

 

Sumber: Tiktok Omma Ellysha76

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan