Ibu menangis anak Syurga dilempang, dibuli di sekolah kerana rabun
HATI ibu mana yang tak luluh apabila mendapat tahu bahawa anaknya berhadapan dengan situasi dibuli di sekolah.
Sungguh menyayat hati melihat rakaman yang tular di laman sosial, TikTok @Faamulan71 yang memaparkan luahan hati seorang ibu menceritakan detik anaknya yang ‘istimewa’ telah menjadi bahan mainan rakan-rakan di sekolah.
Menurut Faa, anaknya seorang penghidap disleksia, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan juga mempunyai tahap rabun yang tinggi.
“Rabun dia 300 lebih macam tu dan silau dia pun tinggi dan dia tak boleh nampak kalau tak pakai spek mata,” jelasnya.
Kekurangan yang ada pada diri kanak-kanak berkenaan telah menyebabkan dia dibuli di sekolah.
“Harini masa dia balik sekolah, dia cerita kena buli dengan kawan dia. Bukan saja ambik spek mata buat main tapi dia lempang anak aku.
Baca juga: Isu doktor pelatih dibuli hingga tamatkan riwayat diri, Dr Amalina tampil bersuara
“Balik sekolah tengok pipi dah merah, aku tanya adik ada kacau dia ke? Anak aku cakap tak ada ummi,” katanya.
Wanita berkenaan menjelaskan lagi, dia sering berhadapan dengan persepsi orang ramai yang suka ‘judge’.
“Kecik-kecik dah pakai spek mata,” jelas Faa tentang tiada seorang ibu pun yang menginginkan perkara berkenaan terjadi kepada anak-anak mereka.
Rentetan daripada kes buli itu, wanita berkenaan telah berjumpa dengan penyelia sekolah dan menjelaskan perkara itu tak sepatutnya berlaku.
“Saya dapat tahu bahawa budak yang buli anak saya itu pernah juga membuli budak lain juga,” jelasnya.
Penyelia sekolah menjelaskan kanak-kanak yang membuli itu datangnya dari ‘broken family’, namun ibu berkenaan tidak bersetuju untuk menjadikan itu sebagai alasan kanak-kanak terbabit boleh membuli.
Bukan itu sahaja, Faa turut berkata bahawa anaknya dibesarkan sendiri oleh single mother (merujuk kepada dirinya) tetapi tidak pula anaknya itu menumbuk atau membuli kanak-kanak lain.
Baca juga: Sherry Alhadad tidak gentar lagi meskipun pernah menjadi mangsa buli
Difahamkan juga, pihak sekolah telah cuba sedaya upaya membantu kanak-kanak terbabit dengan memberikan sesi kaunseling, namun tiada apa yang berubah.
Rakaman berkenaaan mendapat lebih 120 ribu tontonan pada video pertama dan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.
“Report dan proceed untuk jumpa mak bapak budak tu dan cikgu sekali sebab cikgu tak ambik tindakan.”
“So sorry to hear, puan boleh tempatkan dia ke sekolah yang lebih baik dalam kalangan kategori mereka. Dunia pendidikan khas sahaja yang memahami.”
“Sedihnya, baru darjah 1 dah ada situasi kena buli. Report to teacher dear. Semoga urusan awak dan anak-anak dipermudahkan.
“Nangis dengar. Allahuakhbar, jumpa mak bapak budak tu.”
Benarlah, tiada seorang ibu pun yang menginginkan keadaan anaknya sebegitu dan semua pihak seharusnya memainkan peranan untuk mengelakkan kanak-kanak lain turut dibuli di sekolah.
Baca juga: Ketahui 11 fakta ringkas Sekolahku Sejahtera, inisiatif untuk tangani buli
Baca juga Jadikan Pengajaran! 10 Pelajar MRSM Terlibat Buli Ditamatkan Pengajian. Berikut Kronologinya
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang