PERNAH gagal dalam bisnes ternakan keli dan cacing, namun semua itu tidak mematahkan semangat Muhd Ridduan Al Bukhari atau Duan untuk bangkit membina jenamanya sendiri.

Pada mulanya, beliau sudah berhabis belasan ribu ringgit untuk mengusahakan ternakan yang menjadi trend sekitar tahun 2010 itu, namun sayangnya semua usaha tak menjadi.

Menurut Duan, perniagaan sedemikian menjadi kegilaan ramai ketika itu sekali gus membuatkan beliau terpengaruh untuk menyertainya.

“Waktu itu, saya sudah bekerja di sebuah kilang pembuatan pendingin hawa selepas habis belajar dalam jurusan kejuruteraan mekanikal.

“Memang niat nak cari duit poket ekstra tapi tak menjadi pula. Memang rugi dan duit hangus begitu saja,” ceritanya kepada SinarPlus ketika ditemui baru-baru ini.

DUAN BUHARI

Tak mahu menoleh ke belakang, anak jati Klang, Selangor itu terus mencari haluan baharu yang kena dengan jiwanya.

TERJUN KE ARENA FESYEN

Lari daripada skil yang dipelajari di menara gading, bapa kepada seorang cahaya mata itu mempertaruhkan nasib untuk bergelar seorang pereka fesyen pula.

Kata anak jati Klang itu, dunia fesyen dan pembikinan baju sebenarnya terlalu dekat dengan jiwanya.

DUAN BUHARI

Boleh jadi disebabkan pendedahan sejak kecil oleh ibu tersayang yang juga tukang jahit membuatkan beliau lebih mengimpikan profesion tersebut.

Masakan tidak, seawal usia 10 tahun, Duan sudah memiliki kemahiran jahitan tangan seperti silang pangkah, sembat, jelujur halus dan banyak lagi.

 

Baca juga ‘Adik-beradik buat apa nak gaduh.’ Cipta hiburan dalam dunia kosmetik, Tilla dedah rahsia kejayaan The Melvins

“Semua teknik itu emak yang ajar. Sebabnya kalau banyak sangat tempahan terutama pada musim raya, saya akan bantu siapkan part yang mudah.

DUAN BUHARI

“Nak kata dulu saya suka menjahit tak juga tapi minat itu ada. Cuma masa itu, saya tak terfikir nak jadikan ia sebagai kerjaya,” katanya akhirnya membina jenama House of Duan Buhari.

DUGAAN

Menceritakan lebih lanjut tentang House Of Duan, lelaki itu berkata, beliau memfokuskan tempahan busana pelbagai desain bertaraf eksklusif, pernikahan dan perkahwinan.

Iklan

“Antara tempahan yang paling saya susah nak buat ialah baju seorang VVIP yang menggunakan fabrik yang mahal. Kena buat dengan penuh berhati-hati.

DUAN BUHARI

“Dua minggu saya siapkan tempahan tersebut dengan penuh teliti dan itulah tempoh paling lama sepanjang pembikinan baju,” ungkapnya sambil memberitahu, pengalaman sebagai pereka fesyen sejak tahun 2014 membuatkan beliau berupaya menyiapkan tempahan mematuhi waktu yang ditetapkan.

Baca juga Bangkit daripada kegagalan, bekas pekerja bank & jurusolek kini miliki empayar kosmetik sendiri, HAUS Cosmetics

Pencapaian terbaik yang pernah dicapai lelaki itu adalah mereka pakaian Datuk Seri Vida untuk diperagakan sempena sebuah rancangan hiburan realiti terkenal.

DUAN BUHARI

Selain itu, antara artis yang pernah mendapat sentuhan beliau ialah Syura, Shiha Zikir, Elly Mazlein dan ramai lagi.

Iklan

Sebelum menutup perbualan, Duan sempat berpesan kepada anak muda yang ingin menceburi bidang seni reka fesyen dinasihatkan supaya jangan putus asa.

Baca juga Daripada tak reti nak buat, bekas kerani ini masuk kelas kemahiran dan terus jadi tauke kek. Ini rahsianya

“Anda perlu ada minat yang mendalam selain kreatif menghasilkan signatur rekaan tersendiri. Itulah yang membuatkan anda lain daripada lain,” katanya.

DUAN BUHARI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi