"Insya-ALLAH masa terdekat saya akan berjumpa pakcik itu mohon maaf" - Carl Samsudin
Jangan lupa follow kami di Instagram!
SEMALAM tular klip video pendek memaparkan seorang pemuda difahamkan influencer dan pengasas produk kecantikan dikatakan ‘meninggikan’ suara terhadap lelaki warga emas.
Situasi itu telah membangkitkan amarah ramai yang menyifatkan lelaki terbabit tidak beradab ketika berkomunikasi dengan individu lebih berusia.
Susulan itu, pemuda berkenaan dikenali sebagai Carl Samsudin tampil memohon secara terbuka menerusi laman sosial Instagramnya.
Tutur Carl, niatnya hanya ingin membantu golongan memerlukan bukan untuk memalukan sesiapa.
"I am sorry Malaysia. Saya tidak pernah berniat ingin menghina sesiapa terutama pakcik tersebut."Selama saya hidup, tidak pernah saya berlaku biadab kepada sesiapa terutama warga tua.
"Saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan. Tujuan hidup saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka memerlukan selain menjadi hamba kepada yang ESA.
"Jika ketika petikan video itu kelihatan seperti tidak beradab dengan pakcik tersebut, saya betul-betul mohon maaf aras ketidakberadaban saya," katanya.
Ujar Carl, dirinya menyantuni semua yang hadir pada hari tersebut dengan baik.
"Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni semua gelandangan dengan baik dan mereka gembira pada hari tersebut."Sebab itu saya tak terfikir akan ada sesuatu kurang baik daripada video tersebut dan post di media sosial, saya mohon maaf.
"Tidak pernah terlintas di minda untuk menghina mereka yang memerlukan bantuan kerana saya juga pernah seperti mereka. Pernah susah dan memerlukan bantuan orang ramai dahulu.
"Untuk apa saya bersusah payah membantu mereka jika untuk menghina. Sedangkan saya sendiri adalah manusia yang hina penuh dosa.
"Sekali lagi jika video pendek berkenaan menimbulkan kurang senang bagi orang ramai, saya mohon maaf bagi pihak saya kepada orang ramai.
"Insya-ALLAH dalam masa terdekat saya akan berjumpa pak cik tersebut bagi memohon maaf dan betulkan kesilapan saya," katanya.
Bicara Carl, beliau juga sedar tidak patut bernada sedemikian dengan individu lebih berusia.
"Bagaimanapun saya sedar tidak patut bercakap bernada begitu dengan mereka yang berumur daripada saya."Saya minta maaf dan ini pengajaran yang besar kepada saya. Im so so sorry Malaysia," pintanya sekali lagi.
Sementara itu, Carl turut memohon maaf kerana tidak memakai pelitup muka ketika menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan di pusat transit gelandangan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada Selasa.
Polis telah mengeluarkan kompaun RM1,500 atas kesalahan tersebut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang