Isu doktor pelatih dibuli hingga tamatkan riwayat diri, Dr Amalina tampil bersuara
SAYANG seribu kali sayang, pemergian seorang doktor pelatih di Pulau Pinang baru-baru ini menimbulkan rasa sayu dan pilu warga maya.
Sudahlah berhempas pulas untuk mendapat keputusan cemerlang di sekolah memasuki jurusan perubatan, ada segelintir doktor muda dibuli pula secara emosi ketika latihan di hospital. Perbuatan buli di tempat kerja itu memberikan impak teruk sampai berlaku cubaan membunuh diri.
Bercakap mengenai buli, ia boleh terjadi dalam bentuk fizikal, pembulian berbentuk secara lisan, pembulian melalui proses penulisan, pembulian berbentuk tekanan mental, psikologi atau emosi dan lain-lain.
Isu buli membabitkan profesion mulia itu mendapat perhatian ramai termasuk pakar bedah kelahiran Malaysia di United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri.
Baca juga: Jadikan pengajaran! 10 pelajar MRSM terlibat buli ditamatkan pengajian. Berikut kronologinya
Baca juga: Gara-gara dendam, remaja 17 tahun sanggup upah buruh binaan rogol dan bunuh kawan sendiri
Amalina dalam hantaran Instagram mengakui perkara itu bukan sesuatu yang baru berlaku sudah berlarutan selama bertahun-tahun.
“Saya terdengar berita mengenai buli di kalangan doktor pelatih di Malaysia. Sejujurnya, ini bukanlah perkara baru dan telah berlaku selama bertahun-tahun.
"Satu kajian ke atas 1,000 doktor pelatih di Malaysia menunjukkan bahawa kelaziman buli di tempat kerja adalah sebanyak 13 peratus,” katanya.
Pernah menggemparkan negara dengan memperolehi 17A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, Amalina mahu berharap kitaran buli itu perlu ditangani segera.
“ Tinjauan terhadap 16000 ahli yang dijalankan oleh Sistem Papan Buletin Doktor Sahaja menunjukkan bahawa kira-kira 80% daripada doktor di Malaysia dibuli yang mana 17 peratus berfikir untuk membunuh diri kerana itu. Ini membimbangkan!,” titpnya.
Menurut Amalina, Indeks Hofstede menunjukkan jurang kuasa (power distance) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Ini bermakna, mereka yang jawatan bawahan mungkin takut untuk bersuara dan menjadi "yes man" yang boleh menyumbang kepada budaya buli.
Katanya, buli di tempat kerja turut berlaku dalam kalangan doktor muda berlaku di banyak negara termasuk UK dan Amerika Syarikat.
Namun di UK, terdapat sistem untuk mencegah buli. Semua doktor muda mempunyai penyelia sendiri yang dengannya mereka boleh membincangkan perkembangan dengan kerap dan mendapatkan bantuan jika perlu.
Doktor muda boleh melaporkan sebarang isu tanpa nama dan siasatan bebas akan dijalankan.Selain itu, wujud Freedom to Speak Up Guardians diwujudkan oleh jabatan kesihatan di sana yang bertindak membangkitkan isu buli dan gangguan.
“Tiada sistem yang sempurna, tetapi ada usaha yang dilakukan ke arah itu. Teruskan bersuara untuksuasana tempat kerja yang lebih baik,” katanya.
Amalina turut menzahirkn kesyukuran kerana bekerja dalam persekitaran yang baik dan mempunyai rakan sekerja yang menghormati antara satu sama lain.
“Saya sangat bertuah kerana bekerja dalam persekitaran di mana saya secara peribadi tidak dibuli dan rakan sekerja saya sangat baik dan menghormati antara satu sama lain tanpa budaya hierarki,” katanya.
Terdahulu, seorang pegawai perubatan siswazah yang baharu ditempatkan di sebuah hospital di Pulau Pinang dilaporkan terjatuh dari tingkat 23 sebuah apartment di Jalan Datuk Keramat, Georgetown pada 17 April lalu.
Susulan itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan lima nama yang didakwa sebagai 'doktor pembuli' di hospital berkenaan adalah membabitkan beberapa doktor pakar.
Baca juga: Pelajar dibelasah, dihempap meja tulis di Langkawi, ini sebenarnya yang berlaku
Baca juga: Pelajar bertumbuk sebab kena ejek, polis beri amaran keras
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang