Isu ketuhar rosak tak dapat sediakan piza, ini kata Pizza Hut Malaysia

3
3
A
A
A

BARU-BARU ini tular di media sosial sebuah video memaparkan situasi seorang pelanggan yang tidak puas hati kerana tidak dapat membeli piza yang diinginkan.

Menerusi video tersebut, wanita terbabit bertanya berulang kali kenapa restoran Pizza Hut tidak dapat mengambil pesanannya.

Staf restoran tersebut telah menerangkan berulang kali bahawa ketuhar rosak menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan dan mengambil pesanannya.

Video tersebut telah dikongsi di media sosial dan menjadi tular.

Justeru, hari ini pihak pengurusan Pizza Hut Malaysia tampil mengesahkan kejadian itu berlaku pada 31 Ogos lalu sekitar jam 12.35 tengah hari di Kampar, Perak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Baca juga Masuk 'bandar berhantu', tidur dengan lipas, 10 hari tak mandi! Itu antara momen ekstrem Hazwani dalam laksana misi kemanusiaan

Katanya dalam satu kenyataan, Pizza Hut memandang serius perkara ini dan kejadian seumpama itu belum pernah terjadi di premisnya.

"Kejadian itu telah diselesaikan secara damai kerana pelanggan tersebut telah menerima piza sebaik sahaja ketuhar dibaik pulih.

"Namun, kami bangga dengan kakitangan yang tetap tenang melayani pelanggan. Mereka benar-benar memberikan perkhdmatan yang baik walaupun masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan segera, mereka tetap berusaha sebaik mungkin.

"Kami tidak menjangkakan kejadian ini menarik perhatian orang ramai, kami juga tidak bertolak ansur dengan pernyataan benci dan menyakitkan yang diberi netizen kepada pelanggan tersebut.

"Dalam keadaan seperti ini, kita mesti sentiasa berusaha untuk lebih bertimbang rasa dan bersangka baik," katanya.

Tambahnya, premis tetap dibuka walaupun ketuhar rosak kerana masih mempunyai menu lain selain piza.

"Pizza Hut masih beroperasi walaupun ketuhar rosak kerana kami mempunyai banyak pilihan menu lain yang tidak menggunakan ketuhar seperti sup cendawan, roti bawang putih, pelbagai pasta dan banyak lagi.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tiada piza kerana oven rosak, kesabaran pekerja layan pelanggan raih perhatian warga maya

"Justeru itu, kami berharap bahawa situasi ini telah berakhir dengan baik di kedua-dua belah pihak dan moga ia menjadi peringatan buat semua untuk kita sentiasa saling berkelakuan baik," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca