AWAL bulan ini viral di laman sosial video yang memaparkan ‘Kak Long ‘‘mengamuk’ mempertahankan anaknya didakwa mencuri di kedai serbaneka 7-Eleven.

Menerusi video penstriman secara langsung Facebook, wanita yang dikenali sebagai Kak Long meluahkan perasaan dan tidak berpuas hati dengan dakwaan tersebut serta meminta penjelasan daripada staf kedai serbaneka itu.

Hari ini, tindakan stesen televisyen Al-Hijrah menjemput wanita terbabit sebagai tetamu sebuah rancangan mengundang kecaman warga maya.

Melalui perkongsian PU Amin di laman sosial Facebook, wanita yang dipanggil ‘Kak Long’ itu sijemput sebagai tetamu khas dalam sebuah rancangan.

Setelah menerima kritikan daripada warga maya, perkongsian tersebut bagaimanapun telah dipadam.

Rakam layar hantaran Facebook itu telah dikongsikan segelintir warganet yang rata-rata tidak bersetuju ‘Kak Long’ dijemput dalam rancangan TV.

– “Maaf, sewajarnya tokoh yang dijemput biarlah yang boleh diteladani. Viral tak semestinya boleh diteladani.”

– “Mohon batal terus. Paparkan yang lebih baik dan bermanfaat.”

– “Baik panggil staf 7e tu yang lembut dan sabar dalam melayan kerenah wanita itu dan anaknya.”

– “Seeloknya batal kan terus.”

Dalam perkembangan terkini, TV Alhijrah dalam kenyataannya menerangkan tujuan ‘Kak Long’ dijemput.

“Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

Iklan

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai ahli panel yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long 7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, rancangan tersebut juga bakal menangguhkan penyiarannya selepas mengambil kira kegelisahan orang ramai.

“TV AlHijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod tersebut.

“Kami mengucapkan terima kasih alas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Iklan

Semoga penjelasan daripada TV AlHijrah ini dapat merungkai kebimbangan dan kekeliruan semua.

Baca juga: Tular Video Mengamuk Anak Dituduh Pekerja Kedai, Wanita Tampil Mohon Maaf

Baca juga: Sudah terima permohonan maaf Kak Long, wakil 7-Eleven ‘buka mulut’ kongsi kisah sebenar

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI