"Jika keputusan bawa Ainul ke UK, guris hati ramai, saya minta maaf" – Bapa Ainul Mardhiah
KISAH adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin (Ainul) yang menghidap Germ Cell Tumour pernah menjentik hati masyarakat tempatan.
Namanya meniti pada bibir rakyat Malaysia apabila tumor seberat 200 gram pada bahagian mulut berjaya dibuang selepas menjalani pembedahan di London, United Kingdom (UK) pada 10 Jun 2019.
Kini si comel kesayangan ramai itu semakin aktif dan membesar dengan positif. Ibu bapanya sering berkongsi perkembangan Ainul dari semasa ke semasa di media sosial.
Pun begitu, baru-baru ini bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak menzahirkan rasa terkilan apabila membaca cerita kurang enak melibatkan anak kesayangannya.
Cerita itu timbul susulan ada pihak mempertikaian keputusan mereka membawa Ainul mendapatkan rawatan di luar negara.
"Bila buka Facebook tersebut, ingatkan dia orang yang secara langsung terlibat dengan kes Ainul dahulu, rupanya tak pun."Dengar daripada mulut siapa tak tahu? Lepas tu muat naik cerita di Facebook dan orang mula mengata.
"Sebenarnya banyak sahaja saya terbaca orang tak puas hati bila Ainul pergi mendapatkan rawatan di
sana (UK). Tapi sebenarnya, lebih ramai yang menyuruh saya segera mendapatkan rawatan di sana.
"Dan mereka ini tidak kisah pun buat rawatan di mana, asalkan Ainul sihat. Terlalu ramai. Lebih ramai
daripada yang tak sokong," tulisnya di Facebook baru-baru ini.
Tambah beliau, ada banyak sebab, mengapa dan kenapa keputusan itu diambil.
"Sebab itu saya tak pernah respon apa orang tak sokong tu bercakap. Bagi saya, mereka tak tahu apa-apa. Saya ada banyak sebab, mengapa dan kenapa. Saya tak mahu merumitkan keadaan dan tak perlu explainpanjang-panjang.
"Perkara terlalu rumit dan saya sebagai bapa yang sentiasa 24jam bersama Ainul, betapa terdesaknya
ketika itu demi melihat anak sembuh, hanya ALLAH SWT sahaja tahu," ujarnya lagi.
Katanya pada waktu itu merebut sahaja peluang yang ada. Biar bapa hilang nyawa, tetapi bukan nyawa
anak.
"Waktu tu apa sahaja peluang yang ada, saya sebagai bapa pasti akan merebutnya segera. Tahu tak rasaterdesak? Pernah rasa terdesak? Pernah lalui bila ada anak yang dah kaku.
"Waktu itu apa sahaja yang ada, adakah kita nak tengok sahaja? Ini anak. Bukan orang asing. Biar bapa
hilang nyawa, tapi bukan nyawa anak. Keputusan perlu dibuat segera.
"Yang 'bercakap-cakap' itu, dia tak melalui. Jika dia ada di tempat saya, mungkin akan melakukan perkara sama," tegas beliau.
Tegas Ahmad Safiuddin, jika ada individu guna nama Ainul mohon dapatkan keizinannya terlebih
dahulu.
"Saya ingin menasihatkan, jika ada individu menggunakan gambar Ainul untuk tujuan yang tidak baik,lebih baik turunkan posting berkenaan.
"Jika mahu menggunakan gambar Ainul untuk muat naik artikel boleh dapatkan keizinan saya dahulu.
Saya tak mahu bertengkar dengan sesiapa dan tak mahu menunding jari siapa betul, siapa salah.
"Perkara pun sudah dua tahun berlalu. Ainul pun sudah sihat. Dah berlari dah pun. Ini pun sudah
bermakna buat saya, isteri, keluarga dan juga rakyat Malaysia yang pernah membantu.
"Saya tahu apa yang penulis tak tahu kerana sayalah yang melaluinya secara langsung. Saya ulang, saya
tahu apa yang si penulis tidak tahu.
"Kamu tidak berada ketika kejadian berlaku, jadi saya yakin yang kamu sungguh tidak tahu," katanya.
Nasihat Ahmad Safiuddin, jika tiada penglibatan secara langsung, lebih baik mendiamkan diri.
"Jika tidak terlibat secara langsung, saya nasihatkan lebih baik diam. Saya tidak peduli apa pun
background kamu baik profesional mahupun tidak. Jika tidak tahu, sila diam.
"Kamu nak berbalah dengan orang lain, itu urusan kamu. Tapi dengan mengaitkan anak saya dan pilihan
keluarga saya itu bukan urusan kamu.
"Sejak bila pulak membuat pilihan dirawat itu salah di sisi undang-undang? Keputusan itu tanggungjawab saya. Anak saya adalah tanggungjawab saya. Ini semua kerja ALLAH SWT. ALLAH yang mengizinkan semua perkara ini berlaku. Tak perlu nak menunding jari kepada sesiapa.
"Tak boleh ke jika kita meraikan sahaja? Rawatan di mana-mana pun tetap melalui displin ilmu yang sama. Lainlah jika saya bawa Ainul jumpa bomoh.
"Berlapang dadalah. Wallahi, Saya pun tak pernah minta lalui semua perkara ini. Dan saya pun tak tahu
mengapa ALLAH memilih saya untuk lalui ujian ini. Punya ramai manusia di muka bumi kenapa DIA pilih lelaki berusia 24 tahun ini yang baru memiliki anak pertama. Tidak pernah ada pengalaman memiliki anak sebelumnya," ujarnya.
Tambah beliau, hanya sekelip mata ALLAH gerakkan hati semua orang membantu Ainul.
"Lapan bulan saya sendiri menjaganya tanpa ada orang awam pun yang tahu. Tapi dengan sekelip mata, ALLAH menggerakkan hati semua orang dan tumpu terhadap Ainul. Ya, hanya sekelip mata."Tolonglah berlapang dada. Saya mohon maaf jika post saya ini ada mengguris hati sesiapa. Saya
menghormati semua orang. Jika ada perkara yang tidak pasti boleh terus bertanya saya. Jangan buat
cerita melulu atau dengar sebelah pihak sahaja.
"Lagi sekali, saya minta maaf sangat-sangat jika keputusan untuk membawa puteri saya ke UK sehingga mengguris hati banyak pihak. Terima kasih doktor-doktor yang terlibat merawat Ainul dahulu mulai hari pertama kelahirannya di Hospital Besar Melaka.
"Ketika ini yang menyelamatkan Ainul adalah doktor di labour room. Doktor-doktor ini yang memberikan bantuan pernafasan segera kepada Ainul. Jika mereka doktor yang 'low class', hari pertama kelahiran Ainul, dia sudah pergi sebab ketumbuhan telah menutupi laluan pernafasannya pada mulut sehingga tidak boleh bernafas.
“Anda rasa, saya tak terhutang budi ke terhadap doktor-doktor hebat ini. Jadi, tolonglah. Saya sangat
menghargai semua orang yang berusaha. Jangan melaga-lagakan kami, boleh? Jika saya mampu, hari-hari saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua doktor yang terlibat baik di Malaysia mahupun di UK.
"Ya, saya dan keluarga sangat berterima kasih sebab pernah merawat Ainul selama ini dengan sangat baik," katanya.
Ahmad Safiuddin turut ucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia.
"Saya mohon maaf sekali lagi buat semua yang terguris hati dan saya mahu mengucapkan jutaan terimakasih kepada rakyat Malaysia kerana andalah, Ainul ceria hari ini. Dengan izin-NYA.
"Saya dan keluarga doakan kepada ibu bapa di luar sana supaya bertabah dan jangan putus asa jika
memiliki anak yang diberikan ujian kesihatan.
"Insha-ALLAH, ALLAH SWT ada. Reda itu paling penting. Maaf jika post ini panjang. Saya letakkan salah 100 peratus di bahu saya. Jika jelas telah menyalahi undang-undang kerana membawa puteri saya ke London, ambillah tindakan terhadap saya. Saya akan bertanggungjawab.
"Akhir sekali, saya minta perbahasan mengenai anak saya di Facebook diberhentikan segera. Jika anda
ingin memuat naik dokumen, gambar, video atau lebih jelas lagi perjalanan rawatan Ainul di Facebook
atau internet anda harus mendapatkan consent (kebenaran penjaga) iaitu saya.
"Rahsia pesakit, milik penjaga dan doktor yang terlibat sahaja. Tidak boleh suka-suka cerita kepada
umum kerana itu perbuatan yang menyalahi undang-undang. Terima kasih," ujarnya.
Baca juga Cemburu abang angkat, budak perempuan 12 tahun cedera dipukul rakan sekolah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut memberikan kata semangat dan pendapat
mengenai isu berkenaan.
Untuk rekod, kisah si kecil itu turut mendapat perhatian pelatih pakar bedah warganegara Malaysia di London, Dr Nur Amalina Che Bakri yang mengambil inisiatif mengaturkan pembedahan di Hospital Kanak-Kanak London.
Misi murni tersebut terlaksana apabila Dr Amalina bersama pasukan diketuai Ketua Unit Kraniofasial, Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong berjaya membuang tumor terbabit pada 10 Jun 2019.
Semoga adik Ainul sentiasa sihat dan membesar dengan baik.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang