SELAGI hidup di dunia ini, selagi itulah perlu bekerja bagi mendapatkan rezeki.

Kekurangan diri pada pandangan umum tidak menjadi penghalang buat pihak rumah kebajikan di Taman Tasik Titiwangsa, ibu negara untuk berusaha menampung keperluan hidup.

Jika lazimnya pihak-pihak rumah kebajikan hanya mengharapkan sumbangan masyarakat, begitupun, bagi Pengetua Rumah Titian Kaseh, Sharifah Adlan atau lebih mesra dengan panggilan Mak Pah (gambar kecil), inisiatif menambah pendapatan pihaknya adalah dengan berniaga.

“Kami dari Rumah Titian Kaseh yang menempatkan anak-anak yatim fakir miskin, orang kurang upaya, warga emas, ibu-ibu malang sentiasa berusaha untuk menjana pendapatan.

“Dalam keadaan kita berada semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi kami sudah mempromosikan produk keluaran dari rumah kami ni.

“Bantu kami dengan membelinya dan share dengan kawan-kawan ya,” katanya kepada SinarPlus.

(*Foto di atas antara frontliner yang membantu membeli biskut yang dijual pihak Rumah Titian Kasih semasa tempoh PKP)

Menurut Mak Pah untuk sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus menghubungi talian 01120887973 – Azira atau 0340235769 – Pejabat.

Menurutnya antara kuih yang dijual untuk menampung kos perbelanjaan harian bermula dari harga RM20 seperti chocolate chip cookies, kuih siput dan tat nanas.

Antara biskut yang dijual bagi membantu menampung pendapatan untuk keperluan Rumah Titian Kaseh.

Rumah Titian Kaseh ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Mak Pah pada asalnya sebuah rumah yang memberi perlindungan kepada ibu-ibu tunggal dan anak yatim.

Penghuninya berjumlah kira-kira 120 orang yang mana seramai 95 orang anak-anak, manakala selebihnya merupakan golongan ibu, OKU dan warga Emas. Jumlah penghuni juga tidak tetap yang akan berubah dari masa ke semasa.

Sebahagian penghuni muda Rumah Titian Kaseh.

Mereka berhasrat menyumbang boleh berbuat demikian secara online, melalui mesin ATM atau cek atas nama, Pusat Jagaan Titian Kaseh:

Iklan

Bank Muamalat Malaysia Berhad No.akaun 14040002396718

AM Islamic Bank No. akaun 8881001800755

Iklan

Pada sesiapa yang berminat boleh membeli secara terus, alamatnya:

Rumah Titian Kaseh
No. 15 Persiaran Titiwangsa,
Taman Tasik Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur.

Foto: RTK