KAMI tak mampu dah nak tanggung semua kos yang tertunggak. Lagi-lagi dengan keadaan anak yang bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan.”

Demikian luahan Annur Syakirah Mahazir yang kini berdepan kekangan kewangan untuk menampung bil dan kos perubatan putera sulungnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual SinarPlus baru-baru ini.

Dedah wanita tabah itu, anaknya, Muhammad Rayyan Mikael Mohd Yazid disahkan menderita penyakit paru-paru kronik dan masalah kelainan jantung sejak dari kecil lagi.

kos tertunggak

Lebih memilukan, Muhammad Rayyan Mikael atau manja dipanggil Rayyan mengalami masalah jantung terbalik, berlubang dan bengkak pada tiga bahagian sekali gus menyebabkan injap jatung bocor.

Lebih teruk, saluran pernafasan anak sulung daripada tiga beradik berkenaan menjadi sempit sehinggakan terpaksa bergantung dengan mesin pernafasan.

kos tertunggak

Tak cukup dengan keadaan menyedihkan itu, si kecil yang kini sudah berusia 10 tahun turut mengalami masalah saluran darah terbalik, selain tumbesarannya tak seperti kanak-kanak normal lain.

Annur Syakirah memberitahu, keadaan anaknya kini sudah pada tahap palliative care dan hanya bergantung kepada semangat Rayyan untuk terus berjuang.

 

“Kami cuba sedaya upaya sehabis baik untuk lakukan apa yang terbaik buat Rayyan sekarang ni. Kami pastikan dia dapat bernafas meskipun terpaksa pakai mesin dan ubat sehingga akhir hayat dia.

“Sekarang ini, kadang-kadang Rayyan tak dapat pergi sekolah dan hanya mampu terbaring lemah,” katanya yang menetap di Kampung Padang Gelanggang, Padang Terap Kanan, Kuala Nerang, Kedah.

Baca juga Sedihnya, kanak-kanak autisme ini terpaksa bergantung alat pernafasan seumur hidup selepas dijangkiti adenovirus

kos tertunggak

Tanpa berselindung, ibu tiga anak itu memberitahu, pihaknya tidak dapat melangsaikan tunggakan bil elektrik lebih RM1,200 disebabkan penggunaan dua mesin pernafasan tanpa henti.

“Bil api kami tinggi. Boleh dikatakan cecah RM390 sebulan kerana Rayyan perlu pakai dua mesin 24 jam. Kalau tidak, memang Rayyan tak boleh bernafas sendiri.

“Lagi satu, mesin oksigen dia sebenarnya sudah lebih empat tahun kami pakai dan perlu tukar baharu. Kami betul-betul tiada duit sebab kos cecah RM5,000, memang tak mampu,” ungkapnya sebak.

BANTUAN

Tatkala ditanya soal keperluan lain, Annur Syakirah berkata, pihaknya juga terpaksa mencatu susu khas anaknya kerana sekurang-kurangnya modal untuk pembelian susu sahaja RM792. Itu untuk kos seminggu!

kos tertunggak

“Bila kami tak mampu nak beli, berat badan Rayyan turun mendadak sekarang ini. Kalau diikutkan banyak lagi yang perlu kami fikirkan seperti penapis mesin, mask CPAP, syringe pakai buang, tiub dan macam-macam lagi.

“Bukan mahu mengeluh atau sebagainya, cuma suami hanya kerja tukang cuci di masjid. Gaji pun cukup-cukup makan,” ujarnya yang turut membantu menambah pendapatan dengan menjahit patung mainan.

Iklan

Baca juga Terpaksa catu susu khas demi kelangsungan hidup, Nashieha impikan Ramadan bawa sinar harapan

kos tertunggak

kos tertunggak

Bukan mahu meminta-minta, namun sempena bulan Ramadan yang mulia ini, ibu cekal itu memohon bantuan orang ramai untuk membantu meringankan beban yang ditanggung.

“Sekarang ini kami tak fikir soal raya dah sebab mengenangkan nasib Rayyan. Kalau dapat ganti mesin oksigen yang baharu, syukur alhamdulillah.

kos tertunggak

“Hanya kepada ALLAH saja tempat kami memohon bantuan dan semoga kepada mereka yang membantu, kami doakan semua yang baik-baik berbalik kepada anda semua,” ujarnya.

Iklan

Kepada orang ramai yang ingin membantu, bantuan boleh disalurkan terus ke Bank Simpanan Nasional 0211341100006135 atas nama Annur Syakirah Binti Mahazir.

Moga setiap sen yang disumbangkan kalian semua, dapat menceriakan hari Rayyan sekeluarga seterusnya dapat merealisasikan impian yang terpendam. Amin 🤲🏻 😊

kos tertunggak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!