AKTIVITI rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan.

Ini menyebabkan pergerakan rakyat terhad terutamanya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh 3.0 (PKP3.0).

Kebanyakan laluan utama dilaksanakan sekatan jalan raya bagi memastikan sempadan daerah dan negeri tidak dibolosi.

Namun begitu, seorang lelaki di Pulau Pinang tekad menggunakan ‘laluan’ laut apabila sanggup berenang dipercayai untun menemui rakannya di Seberang Perai pada Isnin.

Lelaki terbabit berenang dari jeti feri Tanjung City Marina merentasi Selat Pulau Pinang.

Bagaimanapun, hasratnya tidak kesampaian kerana terpaksa berpatah balik ke jeti dek keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd dalam kejadian jam 6 petang.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun itu tegar berbuat demikian selepas gagal mendapatkan kelulusan rentas daerah kerana tiada alasan munasabah.

Dia ditemui tanpa dokumen diri dan hanya memberitahu nama dan nombor kad pengenalan secara lisan.

Menurut pihak polis, lelaki terbabit dipercayai berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang dan tidak mempunyai pekerjaan.

Baca juga Feri Pulau Pinang Bakal Berakhir, Kenangan Terindah Bagi Yang Sempat Naiki

Iklan

Sementara itu, maklumat yang diperoleh daripada keluarga mengatakan dia sudah lama tidak pulang ke rumah dan hidup gelandangan.

Ini termasuklah mempunyai masalah ketagihan dadah.

Dilaporkan lelaki itu mengalami patah tangan kanan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Iklan

Rabu lalu, video dan beberapa keping gambar tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki dikatakan terjun dari feri.

Ia berikutan tidak dibenarkan menaiki pengangkutan berkenaan disebabkan tidak mempunyai surat kebenaran merentas daerah.

Akibat tindakan tersebut dia ditemukan terapung dalam keadaan lemah ketika diselamatkan pekerja Penang Port Sdn Bhd.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan PKP3.0 tidak membenarkan aktiviti rentas daerah.

Pun begitu, sekiranya mempunyai hal kecemasan, korang jangan ragu-ragu menghubungi pihak polis untuk mendapatkan permit.

Foto: FB Penduduk Pulau Pinang & Seberang Perai