Kejutan RM400,000 buat ibu tersayang, kisah pemuda tinggalkan hadiah selepas maut kemalangan buat netizen sebak
MENINGGAL dunia akibat maut dalam kemalangan menjadi satu insiden yang sukar untuk diterima oleh keluarga.
Apatah lagi kalau melibatkan anak yang selama ini menjadi tulang belakang dan paling banyak berjasa dalam famili.
Hal itu sudah tentunya membuatkan waris tidak mampu menerima kenyataan buat seketika.
Baru-baru ini tular kisah memilukan apabila seorang ibu terkejut dan terharu apabila anak kesayangan yang sudah 'pergi' memberi kejutan yang tidak disangka-sangka.
Perkongsian seorang pengguna TikTok, MattYie1 mendedahkan, arwah telah meninggalkan hadiah bernilai RM400,000 buat si ibu membuatkan netizen sebak.
Mana tidaknya, meskipun sudah tiada, namun Allahyarham meninggalkan buah tangan untuk memastikan kebajikan ibunya tetap terpelihara.
MattYie1 yang mengunjungi ahli keluarga mangsa tersebut turut berkongsi kisah yang boleh dijadikan panduan kepada orang ramai.
"Hari ini Abe Yie pergi ziarah ibu kepada arwah klien Abe Yie untuk selesaikan tuntutan hibah kematian.
"Semoga dipermudahkan segala urusan Abe Yie untuk menolong lebih ramai lagi rakyat Malaysia," tulisnya.
Baca juga Covid-19: Perbanyakkanlah sedekah, wakaf, hibah, infak, zakat dan hadiah bantu golongan terjejas
Tambahnya lagi, ibu kepada pelanggan beliau menangis teresak-esak selepas mengetahui anak sulungnya sempat membuat pelan hibah bernilai RM400,000
"Penama pula si ibu. Arwah memang seorang berjiwa besar dan sangat mengambil berat soal keluarga," kongsinya lagi.
Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut turut berkongsi kisah masing-masing.
Berikut antara komentar yang dikongsikan:
"Tiba-tiba mata masuk habuk."
"Masih muda dan bujang lagi."
"Sudah tiada tetapi masih menabur jasa ?."
"Macam kes arwah sepupu, buat hibah senyap-senyap buat familinya."
"Alhamdulillah syukur dapat anak macam itu."
"Sementara bujang ini, buatlah sebab kita tak tahu bila ALLAH nak jemput."
"Bolehlah bayar hutang arwah dan buat badal haji."
"Menangis arwah mak terima duit insurans."
Sesungguhnya, hadiah bentuk hibah tersebut sedikit sebanyak boleh mengubat kesedihan keluarga tersayang.
Beruntung famili tersebut kerana memiliki anak yang pentingkan kebajikan ibu dan ayah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang