KEJUTAN wanita ini kepada ibu bapanya mengundang air mata warga maya. Pemergian anak sulung, Mohd Afiq Adnan dua tahun lalu mengakibatkan kerinduan yang tidak berpenghujung kepada kedua-dua orang tuanya.

Demi mengubati duka di hati ibu dan ayah, pengguna TikTok Qieyla Adnan mengundang personaliti TV3, Muhammed Ahmad Hamdan seiras dengan arwah abang sulungnya yang telah meninggal dunia.

Baca juga: #SiBibirMerah: Trauma hilang insan tersayang, segera ubati rasa sedih, usah sampai kemurungan

“Alhamdulillah hari ini rezeki dia datang sebagai tetamu istimewa kami. Along, ini yang kami mampu buat untuk mak dan ayah tersenyum kembali.

“Hari paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Alhamdulillah,” titipnya.

Pertama kali menatap penyampai berita dan pengacara Money Matters itu, ibunya terkejut, sebak dan memeluk Muhammed.

“Mak peluk seolah-olah tak nak lepas langsung.

“Ayah orang yang paling susah menangis juga menitiskan air mata. Dia (Muhammed) dan ibunya sangat baik,” titip beliau.

Baca juga: Adik Miza seiras Siti Sarah, netizen sebak Raissudin lepas rindu, ramai kata macam adik-beradik dengan Uwais

Menurut salah seorang adik-beradik itu, difahamkan Qieyla telah menghantar pesanan ke TikTok personaliti berkenaan untuk menjemputnya ke rumah selepas genap dua tahun pemergian abang mereka.

BIarpun pertemuan yang singkat, kerinduan ahli keluarga itu terubat.

Bapa kepada arwah meluahkan kesedihan dan tidak dapat menahan sebak.

“Saya ayah kepada Qieyla. Saya sendiri pada mulanya tidak tahu kerana ini semua planning anak-anak. Saya yang memang keras hati ini pun tak dapat menahan sebak.” luahnya.

 

Dalam pada itu, pemilik akaun tersebut sempat memuji keperibadian Muhammed dan berharap agar hubungan silaturahim mereka terus berkekalan.

Baca juga: Mengendalikan program sensasi, 999, Sofea Nur Solehha sentiasa berhati-hati, bimbang isu keselamatan

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan kesedihan menyaksikan kejutan diterima kedua-dua warga emas itu bertemu dengan lelaki persis anak mereka yang sudah tiada.

Iklan

Ujar mereka:

– “Kak sebaldi airmata saya…”

– “Hikmah ALLAH menciptakan tujuh orang yang seiras dengan kita.”

– “Rindu kepada yang telah tiada memang menyakitkan.Terima kasih @amadhamdan mengubati kerinduan mak ayah arwah.”

– “Memang ada iras, aku pula yang menangis beria-ia.”

– “Ya ALLAH. I feel you sis. Arwah abang saya meninggal, tapi ada sepupu yang mirip arwah. Beginilah emak saya setiap kali sepupu datang ke rumah.”

Iklan

– “Saya turut mengalirkan air mata, sebak melihat mak dan ayah ceria dalam duka.”

Baca juga: Berdiri di atas kaki sendiri, Mas Zharif Aziz Desa tak tumpang populariti arwah bapa. Anugerah bukti kemampuan diri

Sumber: TikTok @qieylaadnan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!