JIKA bayi itu perempuan, berikan namanya Azizah, jika lelaki berikan namanya Abdullah.”

Itu pesanan ringkas Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada pasangan suami isteri, Hasri Omar dan Nur Fatin Syakila Baddu, sewaktu Hasri mendapatkan tandatangan pasangan diraja itu ketika Kembara Kenali Borneo pada September 2023.

Baca juga: [20 FOTO] Lambaian Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri berangkat balik, Tunku Azizah menitis air mata, sempat beri isyarat tangan ‘I love you’

Empat bulan kemudian, Nur Fatin Syakilla dalam catatan terbaharu di Facebooknya, berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.

“Masya-ALLAH…Tabarakallah. Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur YA ALLAH selamat melahirkan ‘little AZIZAH’ setelah berperang di labour room dan akhirnya ke OT room pada 9 Januari 2024.

“Sempena penamatan pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa esok (30 Januari 2024) setelah genap lima tahun, patik dan keluarga kecil patik Menjunjung Kasih atas perkenan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memberi nama ‘AZIZAH’ untuk puteri sulung kami semasa KEMBARA KENALI BORNEO pada September 2023.

“Semoga YDPA dan RPA serta keluarga senantiasa diberikan kebahagiaan, kesihatan yang baik serta berpanjangan dan kemakmuran,” menurut kakitangan kerajaan itu di laman Facebooknya.

Baca juga: Romantisnya! 38 tahun cinta Alam & Ji, dari padang polo ke pelamin. Pengorbanan Tunku Azizah, 17 kali IVF & 6 gugur undang sebak

Baca juga: ‘Goodbye Kuala Lumpur, jauh di mata, dekat di hati.’ Hantaran TikTok Raja Permaisuri Agong undang sebak & sayu

Mengimbas kembali video berdurasi 30 saat itu, kelihatan Hasri dengan penuh perasaan teruja cuba mendapatkan tandatangan pasangan diraja tersebut, sambil memberitahu isterinya sedang mengandung.

Ketika ditanya jantina bakal bayi mereka, Hasri berkata: “Masih belum tahu”. Lantas dijawab Raja Permaisuri Agong: “Perempuan Azizah, lelaki Abdullah”.

Baca juga: Video perkahwinan diraja tular, Raja Permaisuri Agong doa Tengku Hassanal bertemu jodoh dengan puteri

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Warga maya teruja dengan perkongsian tersebut memuji bertuahnya si kecil menerima penghormatan diberikan nama sempena permaisuri pemimpin tertinggi negara.

– “Tahniah ibu ayah, indah namanya, insya-ALLAH indah juga akhlaknya.”

Iklan

– “Nama anak saya pun Azizah, kerana lahir pada hari pertabalan baginda 30 Julai 2019.”

– “Besar nanti boleh flex, dulu Raja Permaisuri Agong yang beri nama.”

– “Untungnya pasangan ini, YDPA yang namakan anak.”

Azizah nama yang cukup indah yang membawa makna sayang, berharga, kekuatan, dihormati dan mulia.

Baca juga: Berjiwa rakyat, Al-Sultan Abdullah terhibur dipanggil pakcik, Permaisuri Agong ambil aduan jalan teruk, Sabahan teruja keluarga diraja depan mata

Iklan

Baca juga: Tamat latihan, Tengku Ahmad Ismail ditauliah Royal Military Academy Sandhurst, Agong, Permaisuri jadi tumpuan

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!