TENTU ramai masih mengingati tentang keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi. Wanita itu kini berstatus ibu dan kembali ke Langkawi.

Wan Aishah atau nama Thainya Sirintra Yayee atau Nong May dikatakan waris generasi ketujuh Mahsuri di pulau bersejarah Langkawi.

Baca juga: [VIDEO]Wanita OOTD di Telaga Tujuh Langkawi tetiba muncul wajah misteri buat ramai seram

Wan Aishah di samping keluarga. (Kredit foto: Underwater World Langkawi)

Dalam beberapa video, Wan Aishah kembali menjadi tular di laman sosial TikTok selepas ke Langkawi.

@may7gen #Langkawi #Mahsuri #7Gen ♬ Memories (Drinks Bring Back) – Ajay Stephens

Lebih menarik, beliau tidak lupa melawati lokasi penuh sejarah nenek moyangnya iaitu Makam Mahsuri. Istimewa, kali ini wanita berusia 37 tahun itu turut membawa bersama anak lelakinya.

Pelbagai versi kisah Mahsuri di Pulau Langkawi sering menjadi bualan ramai menyebabkan ada beranggapan ia sekadar mitos atau dongeng. Malah ada yang mengatakan kelahiran Wan Aishah pada tahun 1985 penamat sumpahan tujuh keturunan.

@may7gen #Langkawi #Mahsuri #7Gen ♬ Memories (Drinks Bring Back) – Ajay Stephens

Bagi yang tidak mengetahui lanjut berkenaan wanita yang dikatakan keturunan yang ketujuh Mahsuri, berikut 10 info menarik mengenai Wan Aishah;

Baca juga: Terjah hidden gem Pulau Langkawi, rupa-rupanya terdapat port yang masih ramai belum tahu

Majlis perkahwinan Wan Aishah turut berlangsung di Kompleks Kota Mahsuri, Langkawi.

1-Wan Aishah Wan Nawawi atau nama Thailand, Sirintra Yayee atau Nong May dipercayai sebagai keturunan ketujuh Mahsuri.

2- Wan Aishah ialah anak kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.

Baca juga: Tengah rancang bercuti di Pulau Langkawi? Ini 12 resort tepi pantai yang best

3-Tidak hanya bapanya, ibu Wan Aishah, Sumaini juga berketurunan Mahsuri.

4-Wan Aishahm menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand dan pernah mengunjungi Langkawi pada kali pertama pada tahun 2000 sempena ulang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi.

5-Malah Wan Aishah ditawarkan oleh kerajaan untuk menetap dan belajar di Malaysia ketika itu.

6-Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama setahun.

Baca juga: Permata tersembunyi di Langkawi, masih terdapat destinasi geopark purba yang ramai orang tak tahu

7- Wan Aishah kemudian menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

8-Wan Aishah memilih seorang usahawan muda industri pelancongan, Alee Tongyon sebagai pasangan hidup dan berkahwin pada tahun 2010.

9-Majlis resepsi mereka turut berlangsung di Kompleks Kota Mahsuri, Langkawi.

10-Penampilan berhijab, Wan Aishah, 37, kini seorang ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, rata-rata warga maya memuji kecantikan Wan Aishah. Malah dia dikatakan mewarisi kecantikan moyangnya.

@miorjohan Ramai Yg tertanya pasal mahsuri..ini ialah #aisyah keturunan #mahsuri yg ke7..mahsuri telah sumpah bumi #langkawi sehingga keturunan ke7..tq dtng lngkawi xpernah xsinggah #mahsurisumpahtujuhketurunan😭💪💦🤲🌾🦅 ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

– “Agaknya Almarhum Mahsuri muka macam dia kan? Cantik sungguh la.”

– “Still so beautiful.”

– “Muka seiras pelakon Filipina Marian Rivera, cantiknya.”

– “cantik nya Aishah, dulu pernah viral masa dia sekolah. Dia ada dua nama, satu nama Thai.”

– “Bertudung dan matang sudah Aishah, anak dah besar.”

Iklan

Baca juga: ‘Tourism Cafe’ tawar pakej unik Langkawi, produk anak tempatan kini di bawah satu bumbung

KISAH LEGENDA MAHSURI

Mahsuri ialah legenda yang dikatakan hidup pada kurun ke-18 Masihi di Kampung Mawar, Mukim Ulu Melaka, Langkawi.

Mahsuri digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi kerana dikhabarkan bahawa paras rupa yang cantik.

Mahsuri berkahwin dengan pahlawan Langkawi, Wan Derus. Beliau bagaimanapun difitnah bermukah semasa Wan Derus keluar dari Langkawi berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah.

Susulan difitnah, beliau dihukum bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya di Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu.

Baca juga: Langkawi rangkul Asia Best Awards 2022, antara pulau terbaik! Patutla disukai wanita. 6 info berkaitan

Mahsuri dikatakan melafazkan sumpah tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Menurut legenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya.

Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anak mereka, Wan Hakim keluar dari Langkawi. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Iklan

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana.

Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri.

Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri).

Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan kelahiran keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi iaitu Wan Aishah Wan Nawawi.

Baca juga: Arca Dasar Laut tarikan seni visual baru Langkawi

Sumber: TikTok @may7gen @miorjohan, 1

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.