‘Klasik!’, wanita sangka suami bawa balik nasi kenduri rupanya ‘goodies’, ramai imbau kenangan

MAJLIS perkahwinan sering diadakan bagi meraikan pasangan pengantin yang sudah sah bernikah selain, bertujuan menghebahkan kepada umum.

Biasanya sebagai pelengkap majlis, selain dijamu makanan, tetamu turut dihadiahkan ‘goodies bag’ sebagai tanda penghargaan terima kasih.

Pelbagai jenis buah tangan yang diberikan pengantin seperti biskut, telur, gelas, kain, surah Yassin, tasbih, buah, roti, beras dan sebagainya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular ini di mana wanita ini berkongsi gelagat suaminya yang membawa pulang goodies rare mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadnadianzia, difahamkan dia tidak dapat turut sama hadir ke majlis kenduri tersebut kerana anaknya mengantuk untuk tidur.

Namun apa yang membuatkannya terkejut kerana menyangka suaminya membawa pulang nasi kenduri dan bungkus untuk diberikan kepadanya.

Baca juga Video pelamin siap, pengantin perempuan ‘lari’ tular, ini kisah sebenar mempelai meraih perhatian warga maya

hadiah buah tangan pengantin

Pada awalnya dia akui malu tetapi siapa sangka rupa-rupanya itu adalah goodies dari tuan rumah untuk tetamu.

Apabila membuka bungkusan tersebut, alangkah terkejutnya apabila melihat ada Nasi Minyak dan Daging Goreng Kunyit beralaskan pinggan kaca.

Dia juga memikirkan, satu kerja pula dia untuk membasuh pinggan tersebut dan memberi kembali kepada tuan rumah tersebut.

Namun suaminya menegaskan bahawa mereka tidak perlu berbuat demikian kerana ini adalah tradisi dan adat tuan rumah untuk memberi cendera hati berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat goodies tersebut dan akui ia sangat rare kerana selalunya pihak mempelai akan menyediakan kek, yassin, tasbih ataupun kerepek.

Bukan itu sahaja, ada juga antara mereka mengatakan ia merupakan tradisi orang terdahulu dan terkejut ia masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Iklan

Ujar mereka;

“Teringat last tengok macam ni masa time kenduri tahlil moyang meninggal dulu.”

“Zaman saya kecik-kecik dulu pernah jumpa dapat bungkusan macam ni… tapi kenduri kahwin.”

Baca juga Macam pengantin baru, ‘anniversary’ ke-15 Lisdawati sanding kali kedua, abadi kenangan untuk cucu cicit

“Kalau kenduri tahlil kampung memang dapat macam ni… kadang pulut durian kalau musim.”

Iklan

“Rare goodies kenduri… cara lama kite buat balik pada zaman sekarang… klasik!”

“Memang orang dulu-dulu macam ni, mungkin nampak pelik tapi bagi yang lahir tahun 70an kebelakang biasa je.”

Sumber: TikTok @nadnadianzia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.