Lupa imbas MySejahtera, remaja 17 tahun dikompaun RM10,000
SEJAK kerajaan mengumumkan kompaun sehingga RM10,000 dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan Covid-19, media sosial dibanjiri dengan cerita orang ramai yang disaman.
Terbaharu, seorang remaja 17 tahun telah dikenakan kompaun RM10,000 di dalam sebuah kedai runcit di Batu Berendam, Melaka kerana terlupa mengimbas kod QR di Aplikasi MySejahtera, Ahad lalu.
Ternyata ramai melahirkan rasa simpati buat remaja itu kerana ketika kejadian dia tergesa-gesa memasuki kedai runcit tersebut untuk membeli ubat paracetamol untuk ibu yang sedang sakit.
Difahamkan remaja tersebut tidak dapat menjelaskan situasi yang berlaku selepas pihak polis berpakaian biasa terus mengenakan kompaun terhadapnya.
Lebih mengharukan apabila remaja berkenaan menceritakan kehidupannya yang masih mempunyai adik bersekolah, ibu suri rumah dan bapa yang hanya bergaji kecil.
Pelbagai reaksi diluahkan warganet termasuklah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Have we lost our humanity? Tiada rasa belas kasihan? This has to stop!" tulisnya di Twitter.
Walau bagaimanapun, perkara berkenaan telah mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad.
Beliau menyatakan remaja terbabit boleh membuat rayuan kepada Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah untuk mengurangkan jumlah kompaun.
Terdahulu, 11 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan, pihak polis akan mula mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada individu yang melanggar SOP PKP.
Bagaimanapun, beliau dipetik berkata, jumlah sebenar kompaun dikenakan itu tertakluk kepada budi bicara PKD jika pesalah membuat rayuan.
Baca juga 1.4 juta pendaftaran vaksin Covid-19 di MySejahtera tidak lengkap!
Jelas beliau, kuasa tersebut bukan berada bawah anggota polis yang memberikan denda tersebut kerana mereka hanya diberikan tugas untuk menawarkan
kompaun kepada pesalah.
Anggota polis akan menulis dalam notis kompaun itu nilai RM10,000 kerana dalam Ordinan Darurat ini ia (denda) dinaikkan dari RM1,000 ke RM10,000.
Bersama-samalah kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang