Mana ibu, ayah? Budak lelaki 4 tahun ditinggal sendirian di taman

A
A
A

ANAK adalah permata hati dalam sesebuah keluarga. Kehadiran mereka disifatkan penyejuk hati ibu bapa.

Pun begitu, sebelum mencapai usia dewasa anak-anak amat memerlukan kasih sayang, perhatian, dorongan dan penjagaan rapi daripada orang tuanya. Jangan dibiarkan mereka terkapai-kapai bersendirian tanpa hala tuju.

Inilah situasi dialami seorang kanak-kanak lelaki apabila ditinggalkan bersendirian di kawasan riadah di Jalan Tebing, Brickfields sekitar pukul 8 pagi Khamis.

Budak lelaki berusia dalam lingkungan empat ke lima tahun itu berambut panjang dan sosok badan kurus.

Menerusi perkongsian maklumat Facebook Balai Polis Brickfields, kanak-kanak tersebut dikatakan bersendirian di taman itu sebelum ditemui orang awam.

Kemudian, dilaporkan kepada pihak polis bertugas yang membawanya pulang ke balai.

Menurut perkongsian tersebut, hebahan juga dilakukan bagi mengesan waris kanak-kanak berkenaan.

Baca juga Tular Video Kanak-Kanak Perempuan Dirempuh, Melintas Jalan Melulu. Ibu Bapa Ikut Panduan Keselamatan Ini

"Kanak-kanak lelaki berpakaian baju-T biru gelap dan kelabu serta berseluar pendek warna biru ketika ditemui.

"Mohon jasa baik kepada semua untuk sebarkan mesej ini bagi memudahkan pihak polis mengesan waris kanak-kanak tersebut atau menghubungi Balai Polis Brickfields di talian 03-7982 4999 atau 011-3256 5600," jelasnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Bricfields, Asisten Komisioner Anuar Omar mengesahkan perkara itu.

Setakat pukul 5.30 petang semalam, kanak-kanak itu diserahkan kepada Unit Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan belum ada waris tampil menuntut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca