PUTERI bongsu Terengganu, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin sering menjadi sorotan lensa di mana-mana acara.

Sama seperti kakanda, Tengku Puteri Utama Raja, Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah, anakanda keempat Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah itu mempunyai aura dan pesona tersendiri.

Memiliki kecantikan dan keanggunan persis bonda, baginda baru-baru ini berangkat Islamic Fashion Festival bertempat di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.

Bagaikan wanita Melayu terakhir, puteri genap usia 21 tahun itu tampil berbaju kurung moden merah jambu memukau siapa sahaja yang memandang.

Senyuman manis tak lekang di bibir menggambarkan keperibadian lembut dan mesra.

Baca juga: Jelita persis bonda, kecantikan puteri Terengganu, Tengku Nadhirah Zahrah jadi perhatian warganet

Justeru tidak hairanlah puteri remaja ini popular dalam kalangan rakyat jelata terutama ketika muncul pada majlis rasmi.

Padanan gaya dan tata rias baginda juga acap kali menjadi rujukan terutama busana indah tradisional dan songket Terengganu.

Baca juga: Meniti usia remaja, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah makin seiras dengan Azrinaz Mazhar Hakim, kejelitaan terserlah

Baca juga: ‘My Son-shine.’ Seiras wajah Azrinaz Mazhar Hakim, ketampanan Pengiran Muda Abdul Wakeel jadi perhatian

Ramai sependapat dan memuji kecantikan semula jadi dan penampilan Tengku Fatimatuz Zahra’.

Ujar mereka:

– “Vibes perempuan Melayu, anggun dan sopan.”

– “Vibes baginda seperti Che Puan Khaleeda, sedap mata memandang.”

Iklan

– “Cantikhya, suka tengok Tengku Fatimatuz Zahra’, cantik manis orangnya.”

– “So pretty, tertarik pula dengan baju baginda. Bolehlah jadi rujukan untuk raya 2024 nanti.”

– “Cantiknya Tuan Puteri, natural beauty.”

Tengku Fatimatuz Zahra’ memiliki tiga kakanda iaitu Tengku Puteri Utama Raja, Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah, 27, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, 24 dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota, Raja Tengku Muhammad Mua’az, 22.

Iklan

Baca juga: Siapa Dayang Anisha, permaisuri dalam hati Putera Mateen? 10 info menarik, bakal disatukan 11 Januari 2024

Sumber: TikTok Roy Terachi, saidatulnisaaminuddin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!