Mary dibuang kerja, tampung kehidupan dengan nasi lemak troli

Mary dibuang kerja, tampung kehidupan dengan nasi lemak troli
Mary dibuang kerja, tampung kehidupan dengan nasi lemak troli
A
A
A

SABAN hari kita dengar pelbagai kisah duka masyarakat negara ini dalam meneruskan kehidupan.

Tambah lagi, pandemik Covid-19 yang masih mengganas terus memberi impak yang besar kepada

rakyat Malaysia.

Semakin ramai yang kehilangan punca pendapatan akibat dibuang kerja atau diberi notis cuti tanpa gaji oleh majikan.

Seperti seorang wanita ini, Mariamma atau dipangil Mary, 45, hilang pekerjaan sebagai pencuci pejabat sejak awal penularan pandemik Covid-19 lagi akibat syarikat tersebut terpaksa ditutup.

Memetik laporan portal tempatan, demi meneruskan kehidupan, Mary mula berniaga buah potong di sebuah restoran mamak berdekatan namun, pulangan yang tidak seberapa agak berat buat ibu tunggal ini untuk menyara anak-anak serta ibu yang tinggal bersama.

Katanya, dia yang tinggal di rumah pangsa Jalan Jugra itu kemudian mencari kerja sebagai tukang

cuci pejabat di banyak tempat tetapi tiada satu pun yang berjaya atas alasan pandemik Covid-19.

Kemudian, ibunya memberi idea untuk memulakan perniagaan sendiri dan terfikir untuk menjual

nasi lemak.

Artikel berkaitan: Sagopop Kapten Akram viral, pengganti rezeki yang hilang

Setiap hari dia terpaksa bangun seawal 3 pagi untuk menyiapkan nasi lemak dan mihun goreng

dan mula keluar berniaga pada jam 6.30 pagi dengan troli.

Menurut Mary, dia memulakan perniagaan tiga bulan lalu dengan menjual 29 paket nasi lemak dan 10 paket mihun goreng, selepas itu ia meningkat kepada 40 paket nasi lemak setiap hari.

Katanya, pelanggan sukakan sambalnya, malah ada yang turut membantu dengan menyiarkan tentang kelazatan nasi lemaknya di media sosial menjadikan lebih banyak pesanan diterima.

Dia tiada tapak untuk berniaga, gerainya hanyalah sebuah troli yang penuh dengan nasi lemak yang masih hangat.

Menurut Mary, berniaga dengan menolak troli juga ada kelebihannya, di mana dia tidak perlu menunggu pelanggan di satu tempat sahaja tetapi dia boleh berjalan lebih jauh di sekitar Taman Desa, iaitu kawasan tempat tinggalnya.

Menurut Mary, jika bernasib baik, dia boleh mendapat sehingga RM80 dari jualan paginya

kemudian akan ke restoran mamak berdekatan untuk menjual buah potong pula sehingga jam 5 petang.

Bercerita mengenai kehidupannya, Mary berkata, suaminya meninggal enam tahun lalu kerana sakit jantung. Sekarang, anak yang berusia 20 tahun turut menerima nasib sepertinya diberhentikan kerja kerana Covid-19 dan kini dia masih berusaha mencari kerja.

Dulu, masa kedua-dua anak perempuannya bekerja, hidup mereka tidaklah sesusah sekarang.

Harapannya, jika anaknya mendapat kerja semula, pastinya hati Mary lebih tenang dan boleh berehat dan mengubat kakinya yang bengkak.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) keluarga ini terpaksa melalui kehidupan yang sangat sukar di mana ada kalanya mereka tiada wang untuk membeli makanan namun jiran-jiran banyak membantu.

Untuk itu, Mary benar-benar berharap, pandemik ini akan berakhir dengan cepat. Walaupun perayaan Deepavali tidak lama lagi tetapi di masa yang sukar ini, kesihatan perlu diutamakan.

Pesannya, pakailah penutup muka setiap kali anda keluar dan ikutlah SOP.

Semua orang sedang menghadapi saat yang sukar sekarang ini tetapi jika anda melihat sesiapa

yang membuka perniagaan, pintanya, berilah sokongan kepada mereka.

Justeru, beringat-ingatlah kita pada musim Covid-19 ini. Jangan membazir serta kekal duduk

di rumah jika tiada perkara penting.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca