PUSINGAN kedua pendaftaran tempahan vaksin Covid-19 AstraZeneca dibuka kepada orang ramai berusia 60 tahun ke bawah bermula jam 12 tengah hari hari ini.

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata keutamaan diberi kepada mereka di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Kuching dan Miri, Sarawak.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,261,600 dos diperuntukkan bagi pusingan kedua Pelawaan Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) susulan penghantaran vaksin pada 21 Mei lalu dan satu lagi dijadualkan pada hujung bulan ini.

Namun perkara itu ternyata mencetuskan amarah ramai kerana rata-rata mereka meluahkan perasaan tidak puas hati kerana tidak berjaya akses kepada sistem berkenaan.

Bahkan ada yang selepas berjaya menembusi sistem, namun kebanyakan slot sudah penuh walaupun ruang tempahan masih bertanda hijau.

Tambah lagi, tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca itu difahamkan ditutup hanya selepas sejam dibuka.

Menjengah ke beberapa laman sosial, rata-rata warganet kesal dengan sistem yang digunakan.

Antaranya;

@rizalzulkapli – I sedih. Lebih sedih dari marah. Proses ini patutnya ditambah baik dari sesi pertama dulu. Kita tak patut buat rakyat berlumba macam orang tak betul, stres dan tertekan. Ini masa mencabar. Permudahkan. Dengan dana yang ada, buat sistem yang lebih baik. Sangat sedih. Selagi kita tak mudahkan proses ini. Maka ramailah yang akan tangguh daftar untuk vaksin atau malas daftar. Tolong mudahkan proses ini. Tambahlah kemampuan website ke apa ke untuk tampung jumlah pengunjung ramai. Tolong. Ini antara hidup dan mati.

@CahayaNra – Mysejahtera ada kan? Why not register terus guna that apps? To make it easy, just a simple yes or no button jer then terus click register. Pelik la buat orang camni.

@muhammadnasyraf – Bukan marah sebab vaccine habis. Marah sebab system dia teruk. Lagi-lagi dapat tahu harga dia RM70 juta. Budak Poli boleh buat lagi better Dari govt punya website. Dari pukul 11.45 dah get ready nak daftar. Last-last nak pilih state pon tak boleh.

@nrhnmnrhanm – Sedih and stres. Berebut macam orang gila, tekan tak lepas-lepas, tahu-tahu dah penuh. Dah takde mood, masak pun tak berapa jadi. Nak makan pun rasa sakit je hati. Tapi husband dapat tekan. Takpe la, paling penting husband dapat.

@notyourally_10 – Kan negara spend banyak peruntukan untuk vaksin. Bahagi ikut DUN pun tak apa. ADUN boleh rajin-rajin turun padang, pantau mana-mana penduduk yang ada masalah nak daftar vaksin. Kadang line internet tak kuat, phone tak canggih, maklumat tak sampai etc.

@akumann_ – Ni la salah satu sebab buat rakyat rasa leceh dan malas nak daftar. Ada yang dah daftar lama dah tapi masih tak panggil lagi. Pastu salahkan rakyat tak daftar la apa la. Sistem tak buat penambahbaikan.

Iklan

@outhinkerz91 – Bagi aku, klu tak dapat daftar sebab tak sempat, aku boleh terima lagi. Ini tak dapat daftar sebab sistem problem tak improve, semua orang pun kecewa. Aku tak marah, cuma sedikit angry.

@KhalishahMuslee – Itulah. Terpaksa bersaing untuk daftar vaksin. Kalau berjaya, okaylah. Ni kalau yang tak? Rasa macam sia-sia je dok berebut bagai. Semakin pening dengan benda-benda macamni. Moga Allah permudahkan setiap urusan kita atas dunia ni lawan
Covid-19.

Baca juga Awas! otak pesakit Covid-19 tidak terima isyarat oksigen semakin kurang, paru-paru terus shut down

Iklan

Terdahulu, sebelum ini, tempahan vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada orang awam pada 2 Mei 2021 melibatkan 268,000 orang terawal di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kini pusingan kedua ini diberi keutamaan kepada warga emas berumur 60 tahun ke bawah sebagai usaha untuk memberikan perlindungan yang dikehendaki kepada mereka dalam tempoh negara mengalami peningkatan kes harian.

Semoga ada peluang lain diberikan kerajaan dalam usaha bagi memudahkan orang ramai mendapatkan vaksin Covid-19.