BILA sebut pasal vaksin, pelbagai mitos mengenainya yang kita dengar dan baca.

Apa pun, yang pastinya pengambilan vaksin bukan hanya mengurangkan gejala serius dan kes kematian membabitkan jangkitan Covid-19, tetapi ia juga dapat merendahkan risiko penularan virus berjangkit itu kepada orang lain.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Namun, di media sosial pelbagai dakwaan palsu turut disebarkan individu tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai tentang vaksin Covid-19.

Seperti situasi yang dilalui seorang pemuda bernama Mohammad Faeez Harith apabila dia mendakwa punca kematian ibu kandungnya telah difitnah.

Ujarnya, dia amat mengecam tindakan segolongan manusia yang suka membuat berita palsu lebih-lebih kepada ibunya sendiri tanpa usul periksa.

“Saya selaku anak dan wakil waris mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban kumpulan anti vaksin yang membuat berita palsu tentang kematian Mama tanpa berhubung langsung dengan waris.

“Berikut penjelasan tentang fitnah mereka. Pertama, punca kematian tidak dikenal pasti. Untuk pengetahun semua, punca kematian mama adalah daripada tindak balas dengan ubat pelali (anaesthesia) yang diberikan kepada mama sebelum prosedur intubasi dan berberapa prosedur lain pada malam kematian mama, yang akhirnya mengakibatkan kegagalan jantung,” kongsinya di laman Twitter miliknya.

vaksin

Iklan

Dakwaan kedua menyatakan ibu kepada Mohammad Faeez sudah mula pakai roda pada November sebab sakit lutut.

“Mama aku tu sakit lutut sejak sebelum ada Covid-19 lagi! Ini gambar tahun 2018, dah memang aku tolak atas kerusi roda, masa ni vaksin pun belum ada.

“Kami masih bersedih atas kematian mama kami tetapi dengan tanpa hati perut puak-puak ini jadikan berita kematian mama untuk sebarkan dakyah mereka,” jelasnya.

Tegasnya, laporan polis juga akan menyusul.

Iklan

Sementara itu, perkongsian tersebut turut menimbulkan amarah ramai yang mengatakan pihak berkenaan sangat melampau.

Ujar mereka;

“Melampau diorang ni, pengikut diorang tenggelam dengan kejahilan.”

“Allahu… moga ALLAH SWT memudahkan segala urusan. Takziah atas pemergian bonda tercinta.”

Baca juga [VIDEO] Aksi lelaki dicabar ‘wheelie’ dengan anak tanpa ‘helmet’ tular, dikecam warganet

“Ternyata mereka lebih takut vaksin daripada takut ALLAH. Semoga urusan tuan dipermudahkan dan takziah di atas pemergian mama tuan.”

“Masih ada orang ambil kesempatan atas musibah orang lain.”

“Bayangkan berapa ramai kena tipu oleh puak antivaks… belum lagi berapa ramai yang meninggal bukan sebab vaksin, dituduh meninggal akibat suntikan vaksin.”