[VIDEO]"Nampak apa tu?" - Ramai terhibur gelagat budak masuk kain pelikat bapa tengah solat

"Nampak apa tu?" - Ramai terhibur gelagat budak masuk kain pelikat bapa tengah solat
"Nampak apa tu?" - Ramai terhibur gelagat budak masuk kain pelikat bapa tengah solat
A
A
A

BAGI pasangan suami isteri yang sudah mempunyai zuriat, tentu banyak pengalaman dengan anak-anak bukan?

Dalam keadaan apa sekali pun, asyik diajak kita untuk bermain. Kadang-kadang ketika tengah malam

pun diajaknya kita bermain jika dia terjaga pada waktu itu.

Memang seronok bermain dengan anak-anak. Melihatnya mereka tertawa sudah cukup membahagiakan hati, walaupun dalam keadaan penat sekali pun. Itulah anak-anak.

Namun, pernah atau tidak korang diajak bermain ketika anda sedang bersolat? Tentu pernah kan.

Seperti sebuah video yang tular di aplikasi TikTok ini apabila seorang kanak-kanak bertindak untuk mengacau ayahnya yang sedang solat.

Menerusi video yang dikongsi @mrmrslurve, kelihatan sebuah keluarga sedang menunaikan solat secara berjemaah.

Namun apa yang menghiburkan adalah apabila kanak-kanak lelaki itu dilihat bermain-main dengan ayahnya yang sedang khusyuk mengimamkan solat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

WaswasLagi lebih melucukan, si kecil itu dilihat turut masuk ke dalam kain pelikat ayahnya kemudian gelak sakan di depan ayahnya.

Situasi tersebut membuatkan mereka sekeluarga hilang fokus dan turut ketawa bersama kanak-kanak itu.

Menjengah ruangan komen rata-rata warga maya terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu di samping ada yang menyakat mereka.

Ujar mereka;

"Aku tengok budak tu ketawa melekek, aku pun terikut ketawa jugak weh."

"Hahaha... apehal masuk sampai dalam sangat?"

"Aduhai anak, nampak apa tu?"

Baca juga [VIDEO]’Amazing!’ – Lelaki hasilkan gambar Tok Ti guna kiub rubik buat ramai kagum

"Anak-anak mainan punya banyak, mainan tu jugak dia nak main. Sambil gelak lagi bila keluar dari kegelapan tu."

"Mai ai besar betul dugaan dan godaan kat depan tu. Bertabah la ye... itu ragam anak-anak."

"Ni kalau Maghrib macam ni sampai ke Isyak pun tak habis..."

@mrmrslurveSbr jelaaa? ##funnyvideo##tiktokmalaysia##viral##viralvideo##fy##fypシ##fypage##foryoupage##fypdongggggggg##masukberanda

♬ bunyi asal - Hattersss?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca