UMUM maklum baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang lelaki dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabung masjid.

Susulan itu, Mahkamah Majistret Selayang, Kuala Lumpur telah memerintah agar remaja lelaki berkenaan menjalani hukuman penjara selama 10 hari dan didenda RM4,000.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Tik Masak mendakwa mengatakan remaja lelaki itu sebenarnya bukan ingin membeli ubat untuk datuknya yang dikatakan menghidap penyakit kencing manis.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Ujarnya, remaja yang dikenali sebagai Daniel itu tidak dipukul ketika ahli jawatan kuasa masjid menangkapnya, namun hanya diberikan pengajaran dengan memandikannya dengan cara mandikan jenazah.

“Imam tu orang lama Kuang. Bapa kepada kawan aku. Budak tu penagih syabu. Masa curi tabung masjid tu ada lebih kurang Rm3,600 dalam tu. AJK dapat tangkap budak tu sikit pun tak kena belasah.

“Tapi imam bagi pengajaran dengan cara mandi jenazah. Nasib imam tak tanam dia terus. Kalau aku, aku kafankan tanam terus,” tulisnya.

Selain itu, individu tersebut juga mendakwa bahawa remaja terbabit pernah cuba untuk mengacukan parang ke arah datuknya kerana tidak dapat membeli dadah jenis syabu.

Orang kampung dedah remaja dimandikan ala jenazah banyak kes curi motor, pisang

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter mendakwa remaja berkenaan bukan sahaja mencuri tabung masjid malah dia juga turut mencuri motosikal milik kawannya.

“Budak ni bukan setakat curi tabung masjid. Sebelum curi tabung masjid, dia curi motor kawan aku. Lepas tu dia pergi bawa motor tu curi tabung kat masjid. Bukan satu tapi lima masjid dia curi,” tulisnya.

Katanya lagi, remaja terbabit turut mencuri buah pisang serta barang-barang rumah milik orang kampung.

Iklan

Sementara itu, pihak polis hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan remaja berkenaan mencuri untuk membeli ubat datuknya, malah sebenarnya dia ingin membeli dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, remaja berusia 19 tahun itu mengaku terjebak dengan dadah sejak setahun yang lalu serta bermain judi dalam talian.

Baca juga [VIDEO]Sebaknya… Bakal askar pilu ayah ‘pergi’ sebelum tamat latihan

Soal siasat polis turut mendapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.

Iklan

Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu.

Sumber : Facebook, Twitter, Sinar Harian