AHLI parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa apabila Pejabat Parlimen Muar diarahkan tutup oleh pihak polis bermula hari ini.

Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram, penutupan itu berikutan kehadiran jumlah penduduk yang dikatakan terlalu ramai beratur di luar pejabat untuk mendapatkan bantuan keperluan asas.

“Saya nak maklumkan yang Pejabat Parlimen Muar telah diarahkan tutup bermula esok (hari ini).

“Sejak dua hari lepas, saya dan team Muar telah bekerja untuk mengagihkan bantuan makanan kepada 5,000 keluarga Muar. Biasanya dalam 150 keluarga datang setiap hari. Tapi sejak dua hari lalu, jumlah keluarga yang datang semakin meningkat.

“Orang sedang susah, lapar dan sakit. Mereka wajib dibantu. Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang.

“Nak suruh mereka pulang sebab orang ramai, tak sampai hati. Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya,” ujar beliau.

Menurutnya, dalam melunaskan tanggungjawab sosial tersebut beliau dan pasukan sentiasa melakukan perancangan rapi yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

1. Sediakan sistem kupon. 100 kupon setiap hari untuk ambil bantuan makanan kepada 100 keluarga.
2. Guna khidmat Rela untuk kawal situasi di luar pejabat.
3. Sudah hantar surat mohon pihak polis untuk bantu jaga semua yang hadir ke pejabat.
4. Sudah agihkan sejumlah bantuan makanan kepada semua ketua kampung untuk agihkan di kawasan masing-masing.
5. Had jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga kami buat. Yang lain perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat.

Kata Syed Saddiq, dirinya tidak mampu untuk menghalang penduduk datang mengambil bantuan.

“Tapi hakikatnya ramai lagi yang perlukan bantuan makanan segera. Saya tidak boleh dan tak akan sesekali halang rakyat Parlimen Muar untuk datang ke pejabat.

“Tapi hari ini (semalam), pihak polis juga datang dan arahkan Pejabat Parlimen ditutup. Orang terlalu ramai.

“Ini bermaksud edaran bantuan makanan akan lebih lambat sampai ke tangan keluarga penerima. Rumah ke rumah memang ada kami buat, tetapi ambil masa.

“Saya terpaksa ambil sedikit ruang bersama pejabat Muar untuk fikir cara lain nak edarkan dengan cepat,” ujarnya.

"Orang sedang susah, lapar, sakit"- Syed Saddiq kecewa Pejabat Parlimen Muar diarah tutup

Iklan

Tambah mantan Menteri Belia dan Sukan itu lagi, beliau meminta agar tiada kompaun dikenakan kepada warga Muar.

Iklan

“Realitinya ramai lagi rakyat Parlimen Muar yang susah, lapar dan sakit. SOP memang dipatuhi, tetapi saya memang tidak boleh kawal jumlah penerima yang datang ke pejabat.

“Kalau mahu kenakan kompaun kepada orang ramai yang datang ke pejabat, saya minta jangan kompaun mereka.

“Kompaun saya tak apa. Pejabat itu di bawah kawal selia saya. Urusan bantuan makanan ini pun urusan saya dan pejabat saya.

“Jangan tambah beban rakyat Parlimen Muar. Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka,” ujarnya.

Baca juga [VIDEO] “Sorry pak cik siapa suruh gatal sangat” – wanita prank lelaki tua waktu Maghrib

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi pendapat penambahbaikan.

“You tried your best. Thank you so so much for helping them.”

“May be boleh collect all the data and buat delivery cam biasa je bro. But it might be costly and time consuming cause u need more teams but it depends on how ur coordinator manage the bantuan la. I hope you’ll get all the helps you can get. semoga dipermudahkan urusan ye aamiin. Keep it up the good job.”

“Tuan Syed, mungkin boleh minta ketua kampung untuk berikan senarai nama keluarga yang memerlukan. Kemudian pihak tuan atau wakil boleh agihkan secara terus ke mereka yang terkesan. Sebagaimana tuan buat semasa pengagihan tab kepada pelajar untuk PdPR.

“Semua yang datang memerlukan bantuan, seharusnya mendapat kerjasama dan sokongan daripada pihak berkuasa. Semoga semua urusan dipermudahkan dan diberi kelancaran.

“Teruskan semangat anda YB bagi membantu warga Muar yang tersayang. Beruntung mereka mendapat YB yg berkerja sehabis baik.”