Pakcik Hadi bukan malas, cuma buta huruf, tidak bersekolah

A
A
A

WARGA emas dikenali pakcik Hadi yang dikatakan dilayan secara biadab oleh seorang influencer, Carl Samsudin menjadi perhatian ramai baru-baru ini.

Rata-rata masyarakat khususnya warga maya bertali arus menzahirkan simpati susulan melihat lelaki warga emas terbabit diperlakukan sebegitu rupa menerusi klip video pendek yang tular.

Rentetan insiden itu pelbagai pihak persendirian termasuk golongan artis dan badan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif menemui dan menghantar bantuan kepada pakcik Hadi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Sebelum ini, SinarPlus melaporkan pakcik Hadi sedikitpun tidak berkecil hati, malah sudah memaafkan influencer yang juga merupakan pengasas produk kecantikan.

Baca juga “Pakcik Dah Maafkan” – Warga Emas Lapang Dada, Maafkan Influencer

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Warq Torturer telah memuat naik satu tangkap layar perkongsian wanita Dhila Fadhilah yang bertemu pakcik Hadi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dalam luahan Dhila, beliau menjelaskan warga emas itu tidak marah ataupun berkecil hati dengan tindakan ahli perniagaan berkenaan.

Malah, pakcik Hadi menjelaskan beliau bukan seorang yang malas pada usia muda. Cuma tidak bersekolah dan buta huruf.

Pakcik Hadi juga menceritakan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat mahkamah.

Lebih meruntun jiwa, warga emas itu sanggup menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) mengupah haji buat ibu bapanya.

Susulan dariapada perkongsian tersebut, rata-rata warga maya memuji ketulusan hati pakcik Hadi.

Netizen juga berharap agar insiden berkenaan dijadikan pengajaran supaya jangan mudah menghukum seseorang tanpa mengetahui kehidupan lampaunya.

Sumber: Warq Torturer 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca