Patut cecah ribuan ringgit! Ikan siakap hiasan pelihara dalam sangkar dijadikan juadah

A
A
A

BARU-BARU ini kecoh di laman sosial apabila seorang individu mendakwa harga ikan siakap dipesannya cecah ribuan ringgit seekor ketika mengunjungi sebuah restoran di Langkawi, Kedah.

Lelaki tersebut turut muat naik satu resit pembayaran yang tertera ikan siakap seberat 7.48 kilogram tersebut berharga RM1,196.80.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jumlah keseluruhan bil terhadap pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula mencecah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut menasihati pihak restoran berkenaan supaya tidak mengulanginya termasuk menghidangkan ikan sebesar itu hanya untuk tujuh orang makan.

Ikan siakap Pla Neung Manao enak dengan hanya 3 langkah mudah

Malah, individu terbabit juga mendakwa pelanggan yang menunggu giliran membayar juga pasrah apabila bil yang dikenakan terhadap mereka sebanyak RM755 hanya untuk dua orang makan.

Oleh demikian, pemilik restoran tampil memberi penjelasan penuh menjawab dakwaan pelanggannya yang mendakwa harga ikan siakap dipesan mahal ketika mengunjungi restorannya.

Patut cecah ribuan ringgit! Ikan siakap hiasan pelihara dalam sangkar dijadikan juadah

Norasyikin Musa dalam satu hantaran di Facebook, mengakui dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka enggan berbuat demikian.

Katanya, dia sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti siakap merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg) yang mana lebih sesuai untuk dijadikan hidangan.

Menurutnya, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

Baca juga Angkara kanvas terbang, dua pengguna jalan raya nyaris maut digilis lori

Tegasnya, dia sudah menerangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran.

Norasyikin turut menafikan dia mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan terbabit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca