Pemandu bas ekspres tak henti solat subuh kena tindakan raih pujian ramai

04
04
A
A
A

BARU-BARU ini tular di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status menceritakan kejadian dialami sepanjang perjalanan menaiki bas ekspress ke Pantai Timur.

Lelaki dikenali Muhammad Safwan itu mendakwa pemandu bas yang dinaiki tidak memberikan sebarang reaksi apabila ditanya lokasi bas berhenti untuk menunaikan solat Subuh.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Justeru, syarikat bas berkenaan, Sani Ekspress Sdn Bhd mengambil tindakan terhadap pemandu terbabit yang juga dikatakan meninggalkan penumpang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Jertih, Terengganu pada Sabtu lalu.

Sani Ekspress menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemandu tersebut tidak lagi diberi tugas sebagai pemandu bas buat masa ini dan siasatan dalaman akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, pemandu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin seperti amaran, kaunseling, latihan semula atau tindakan lanjut mengikut prosedur syarikat.

Ujarnya, berhenti rehat dan solat adalah prosedur wajib bagi semua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan. Solat lima waktu adalah perkara wajib yang harus ditunaikan oleh umat Islam.

solat

Tambah kenyataan itu, pihak syarikat turut berasa kesal atas apa yang berlaku dan memandang serius berhubung insiden itu.

Dalam pada itu pihaknya juga ingin memohon maaf atas insiden yang berlaku dan berjanji akan berusaha supaya perkara tersebut tidak berulang.

Tindakan tersebut meraih pujian ramai warganet yang rata-rata bersetuju dengan syarikat bas tersebut yang mengutamakan solat.

Ujar mereka;

"Memang patut berhenti untuk solat, tak kira bas apa pun. Perintah ALLAH jangan langgar solat tu wajib tak kira di mana berada. Terbaik Sani Ekspres!"

"Elokla syarikat bas yang lain pun ikut jejak yang sama, time orang nak buang air kecil, makan, sembahyang bagi lah tahu kat penumpang berehat dalam 45 minit ke tak rugi pun berhenti kat tempat perhentian."

Baca juga [VIDEO] “Ibu, Hawa nak pergi dekat papa, tapi papa…” Gelagat 2 beradik rindu bapa yang sudah tiada runtun hati warganet

"Driver tu lupa kot nak berhenti solat atau pun terlalu penat sampai lupa, tapi tinggalkan penumpang itu patut diambil tindakan. Bayangkan kalau penumpang tu kali pertama ke destinasi tersebut."

"Kalau driver pun jenis tak solat macam mana dia nak fikir orang lain yang solat."

"Yang ni saya sokong, sepatutnya majikan kena tanya dulu masa interview solat ke tidak."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca