BARU-baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan terdapat jemaah umrah dari Malaysia yang pulang ke tanah air disahkan positif Covid-19 varian Omicron .

Lebih mengejutkan, ada antara mereka ini tidak menerima vaksinasi Covid-19 yang menjadi syarat utama menunaikan umrah.

Kes berkenaan difahamkan masih di dalam siasatan.

Baca juga: Merancang Untuk Tunai Umrah? Bakal Jemaah Boleh Mohon Dos Penggalak Di MySejahtera

Seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Abdul Syafiq membuat pengakuan secara terbuka menjelaskan bahawa dirinya adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksinasi oleh vaksin ‘MM’ ke tanah suci. Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram miliknya.

Bahkan, dia juga mengaku tidak menerima vaksin tersebut.

“Saya mengaku tidak vaksin dan bawa orang yang tidak vaksin ke Saudi. Vaksin MM,” tulisnya di laman sosial Instagram.

Rakam layar instagram Ustaz Abu Syafiq.

Pendedahannya itu menimbulkan kontroversi dan kebimbangan. Ramai yang tertanya-tanya sama ada vaksin yang dimaksudkan itu vaksin Covid-19.

Dalam perkembangan terbaru, Abu Syafiq akhirnya mendedahkan vaksin MM ialah vaksin Meningococcal Meningitis.

Malah dia mendakwa vaksin tersebut bukan lagi syarat ke Makkah dan Madinah.

Rakam layar instagram Ustaz Abu Syafiq.

Dalam tinjauan SinarPlus, vaksin Meningococcal perlu diambil oleh bakal jemaah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berlepas ke tanah suci.

Ia mustahak bagi mencegah jangkitan selaput otak yang sangat serius. Malah vaksin tersebut wajib diambil bakal jemaah umrah.

Selain itu, vaksin Pneumococcal juga perlu untuk mencegah penyakit terutamanya golongan yang berumur 50 tahun dan ke atas daripada jangkitan paru-paru.

Hal ini kerana punca kematian utama dalam kalangan jemaah umrah ataupun haji adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang serius.

Selain itu, vaksin Influenza juga penting bagi mengelakkan jangkitan paru-paru yang teruk.

Bagi bakal jemaah haji pula disyaratkan untuk mendapatkan suntikan imunisasi seperti berikut:

  • Suntikan vaksin Anti Meningitis
  • Suntikan pilihan
  • Influenza
  • Pneumococcal 23-valent
  • Hepatitis (A, B, C)
  • Lain-lain vaksin

Baca juga: Individu pulang umrah, 18 negara risiko mula pakai peranti pengesanan digital di KLIA

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Instagram Ustaz Abu Syafiq, Portal MyHealth KKM