Penjual colek pula berhadapan RM50k, ini 5 kompaun tular jadi perhatian ramai!

A
A
A

HANGAT diperkatakan ketika ini mengenai isu kompaun yang dikenakan terhadap individu yang tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan pergerakan (PKP) Covid-19 seperti ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Di saat kisah peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 belum reda, terbaharu, penjual colek pula menerima kompaun amaun yang sama kerana kesalahan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan semasa PKP.

Selain itu, ayuh kita lihat juga individu lain yang telah dikenakan kompaun yang agak 'mengarut' jika diimbas kembali.

1.Peniaga colek dikompaun RM50,000

Peniaga colek dari Kampung Chekok Tengah, Kelantan, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, yang berniaga pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya mengakui terkejut apabila didatangi beberapa anggota polis jam 11.20 malam.

Kata Azizi tanpa bertanyakan maklumat lanjut terhadap dia dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, anggota polis berkenaan terus menulis kompaun dengan jumlah RM50,000 bagi kesalahan beroperasi lebih masa.

Menurutnya, dia amat terkejut dan terkedu melihat jumlah kompaun yang dikenakan, sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun susah kerana berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.

Penjual colek pula berhadapan RM50k, ini 5 kompaun paling mengarut!

Azizi turut memberitahu portal berita tempatan bahawa kedai milik isterinya itu sudah tutup dan mereka sedang mengemas sambil menggoreng keropok untuk anak-anak.

Katanya, sebenarnya ketika anggota polis itu tiba, dia sudah menutup kedai jam 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup. Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana dia dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama.

Pada masa sama dia sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur.

Azizi berkata, dia yang mempunyai lima anak yang masih bersekolah selain perlu menanggung tiga anak saudara sudah tentu tidak mampu membayar jumlah kompaun berkenaan.

"Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih rela memilih untuk masuk penjara.

"Ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mee celup pada hari biasa.

"Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada waktu malam," katanya.

2. Abang burgerdikompaun RM50,000

Tular di media seorang penjual burger mendakwa dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 oleh pihak polis kerana kesalahannya berniaga melebihi waktu ditetapkan.

Wan Mohd Faisal Wan Kadir dari Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya sebelum didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan sekitar jam 11.10 malam.

Ekoran itu, polis telah mengeluarkan kompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kes abang burger ini turut mendapat perhatian banyak pihak termasuklah bintang rap, Caprice yang mengutarakan hasratnya untuk membuka tabung bagi mengumpul dana bagi membantunya melangsaikan kompaun tersebut.

Selain itu, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa turut memaklumkan akan membantu Wan Mohd Faisal.

Penjual colek pula berhadapan RM50k, ini 5 kompaun paling mengarut!

3. Pelajar terpaksa pinjam duit adik, kena saman dalam bas RM1,500

Baru-baru ini menerusi sebuah posting di Twitter @Nrdhasni, seorang gadis mendakwa kakaknya telah dikompaun atas kesalahan tidak mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera ketika menaiki sebuah bas.

Susulan itu, kakaknya yang juga pelajar itu terus dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.

Namun, dakwa kakaknya, bas berkenaan sama sekali tidak menyediakan kod QR MySejahtera ataupun buku. Mahu tidak mahu, kakaknya perlu membayar kompaun tersebut sebelum 10 Mei ini.

Bagaimanapun kisah ini tular apabila pelajar tersebut terpaksa meminjam duit adiknya dan melarang untuk memberitahu ibu mereka yang dia dikenakan saman ketika di dalam bas.

Menerusi satu tangkap layar perbualan WhatsApp, tulisnya "Sebab tak ada QR Code & buku, RM1,500 weh mana aku nak cari".

Penjual colek pula berhadapan RM50k, ini 5 kompaun paling mengarut!

4. Wanita tak pakai pelitup muka ketika ambil anak di kerusi kereta dikompaun RM1,000

Januari lalu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai KakTi, meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa telah disaman oleh pihak polis atas alasan tidak memakai pelitup muka sewaktu keluar dari kenderaan untuk mengambil anak di kerusi sebelah.

Kisahnya bermula apabila wanita tersebut keluar dari kenderaannya bagi mengambil anaknya yang berada di tempat duduk penumpang.

Namun, tindakannya ketika itu telah disaman oleh pihak polis berjumlah RM1,000 atas alasan tidak memakai pelitup muka.

Wanita tersebut juga berasa ‘bengang’ dan cuba mempersoalkan tindakan pihak polis, kerana dia tidak berada di tempat awam.

Malahan, wanita berkenaan turut mempertahankan dirinya tidak wajar untuk disaman ketika itu.

Tidak berakhir di situ, ketika kejadian semua kedai berhampiran dengannya tidak beroperasi seperti biasa.

Sedangkan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri ketika itu, menjelaskan seseorang itu perlu memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak.

Penjual colek pula berhadapan RM50k, ini 5 kompaun paling mengarut!

5. Pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500

Tular di laman sosial Twitter apabila ada beberapa akaun yang mendakwa terdapat pelajar matrikulasi dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka di dalam kolej.

Pelbagai pihak mempertikaikan tindakan itu kerana pelajar-pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lalu dan tidak dibenarkan keluar.

Difahamkan, pihak KKM datang ke kolej berkenaan pada Ahad atas sebab kes keracunan makanan di salah satu kafe di situ.

Bagaimanapun, mereka datang lagi pada Isnin berikutnya walaupun kafe yang terlibat dengan keracunan makanan telah diberi notis untuk tutup selama dua hari.

Mereka dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada enam pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.

Terdapat juga video menunjukkan pelajar-pelajar matrikulasi itu disaman sehingga membuatkan warganet mempersoalkan tindakan tersebut.

Baca juga Pegawai Ikut Undang-Undang, Bukan Sesuka Hati. Langgar Ordinan Darurat Punca Peniaga Burger Dikompaun RM50k

Insiden itu tular di media sosial dan mendapat perhatian wargamaya lebih-lebih lagi apabila isu ini berkait rapat dengan masalah ‘double standard’ di kalangan pihak berkuasa dan golongan kayangan.

Namun, masalah berkenaan telah selesai akhirnya, mereka telah dikecualikan daripada bayaran.

Menurut Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, perkara itu diputuskan selepas kesemua mereka mengemukakan rayuan pengurangan bayaran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, perbincangan yang dibuat bersama Pengarah Kesihatan Negeri dan Pegawai Kesihatan Kampar berjaya mencapai kata sepakat bahawa keenam-enam pelajar terbabit tidak perlu membayar denda berkenaan.

Semoga kejadian seumpama ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

Maka dengan ini sama-samalah kita mendoakan kes jangkitan Covid-19 ini akan berkurangan serta sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaiannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca