Perginya Wira Merah terperangkap arus banjir, tinggalkan balu, 4 anak
BANJIR kilat di Sungai Putat, Melaka semalam menyaksikan dedikasi seorang anggota bomba menjalankan tugas hinggakan nyawa sendiri terkorban.
Seluruh Malaysia berdukacita atas pemergiaan Mohd Diya Che Jusoh, 46, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Mohd Diya bin Che Jusoh dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah yang lemas ketika sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.06 petang, Mohd Diya sedang cuba menyelamatkan seramai 14 orang penduduk kampung yang terperangkap di anjung sebuah rumah berikutan arus deras dan paras air banjir meningkat dengan cepat.
Allahyarham bagaimanapun dikatakan tersangkut dalam aliran deras air banjir sebelum lapan anggota bomba yang lain bersama 10 orang penduduk kampung cuba menyelamatkannya dalam masa 15 minit.
Dia yang kemudiannya tidak sedarkan diri dikejarkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.11 pagi tadi.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi laman Facebook rasmi merakamkan takziah buat wira negara itu.
“Takziah kepada ahli keluarga anggota bomba Mohd Diya Che Jusoh yang meninggal dunia ketika bertugas dalam operasi banjir di Sungai Putat, Melaka semalam.
“Saya merasa amat sedih apabila mendapat tahu Allahyarham terkorban dalam operasi menyelamat mangsa banjir di kampung tersebut. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia juga berkongsi kesedihan atas tragedi yang berlaku,” katanya.
Baca juga: Gugurnya Wira Negara, Lans Koperal Mohamad Azrin Lemas Ketika Latihan, Berikut Kronologi Kejadian
Muhyiddin singgah di rumah Allahyarham di Taman Krubong Jaya sebelum ke Sesi Dialog Majlis Pemulihan Negara dan sempat meluangkan masa menziarah balu Allahyarham, Noraida Che Nor serta empat cahaya mata Allahyarham yang berusia antara sembilan hingga 18 tahun.
Dalam pada itu, beliau menitipkan doa semoga ahli keluarga Mohd Diya diberi ketabahan dan kekuatan.
“Sesungguhnya pengorbanan Mohd Diya sebagai anggota frontliners sangat besar dan saya mendoakan agar Allahyarham memperoleh husnul khatimah dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang beriman. Al-Fatihah,” titipnya.
Perdana Menteri, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri turut mengucapkan takziah kepada keluarga atas pemergian Allahyarham menerusi laman Facebook rasmi beliau.
Jenazah Allahyarham Mohd Diya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, Krubong, Melaka pada jam 11.50 pagi.
Mengimbas kembali pengorbanan Wira Merah pada 2018, enam anggota bomba lemas, berpusing-pusing dalam air diikat pada satu tali ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan empat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang meninggal dunia dalam tragedi itu.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Facebook Datuk Seri Ismail Sabri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang