Pernah tular dibaham kera ketika bayi, wanita kini doktor al-hafizah, genggam ijazah perubatan Al-Azhar
Pernah tular dibaham kera ketika bayi, wanita kini doktor al-hafizah, genggam ijazah perubatan Universiti Al-Azhar.
INSIDEN yang berlaku 25 tahun yang lalu itu tidak menjadi halangan buat 'bayi' berkenaan membesar dan melakar kejayaan. Si kecil itu berkenaan pernah menggembarkan Malaysia dan menjadi tajuk muka depan apabila dibaham kera ketika berusia lapan bulan.
Kisah itu dikongsikan semula pengguna Facebook, Annie SK yang menghadiri acara konvokesyen ‘bayi’ berkenaan, Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin baru-baru ini.
Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech
Hantaran ucapan tahniah daripada beliau menjadi perhatian pengguna laman sosial itu.
“Alhamdulillah finally. Dr Fatin Nabihah (Al-Hafizah) binti Hj Kamarudin.
The youngest of bin/binti Kamarudins. Bongsu nombor sembilan,” titipnya yang merupakan seorang guru.
Dr Fatin Nabihah pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia pada tahun 1998 apabila menjadi mangsa monyet liar. Pada tahun 1998 ketika masih bayi, wanita hebat itu diserang ketika tidur dalam buaian di ruang tamu rumah.
Ketika kejadian, abang dan kakaknya berada berhampiran buaian dan mereka berada dalam jagaan pembantu rumah kerana ibu bapa mereka keluar bekerja.
Difahamkan monyet setinggi hampir setengah meter masuk ke rumah melalui lubang kecil pada tingkap bilik.
Susulan serangan, Dr Fatin Nabihah mengalami kecederaan serius pada betis kanan manakala beberapa jari kaki kirinya hampir putus.
Akibat serangan itu juga beliau mengalami luka yang dalam sehingga menampakkan tulang betis!
Namun trauma masa lampau tidak melemahkan semangat wanita itu mengukir kejayaan dalam akademik.
Menerusi catatan kakaknya,, Dr Fatin Nabihah terdahulu adalah pelajar terbaik Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), meraih keputusan Mumtaz dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
Tidak terhenti di situ, Dr Fatin Nabihah menyambung pelajaran di Darul Quran JAKIM dan menamatkan pengajian dengan hafazan 30 juzuk sekali gus meraih gelaran Al-Hafizah.
Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang
Pada tahun 2016, ‘bayi’ yang pernah menjadi perhatian negara itu melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Al-Azhar dan selamat bergraduasi pada tahun 2023.
“Antara Malaysian medic students Al-Azhar yang dapat program pertukaran belajar ke Mexico. Syukur selesai semua. Tahniah beribu tahniah!!
“Inilah baby girl yang menggemparkan Malaysia in 1998 di muka depan suratkhabar, masuk semua newspaper dan berita TV dengan tajuk 'bayi parah dibaham kera',” titip kakaknya, Annie.
Warga maya teruja dengan perkongsian itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada Dr Fatin Nabihah atas kejayaan yang digenggamnya.
Tidak kurang juga yang mengimbau kembali tragedi berdarah yang pernah menimpa doktor muda itu.
- “Beauty with brain.. tahniah.”
- “Cerita ini memang tidak dilupa juga.”
- “Tahniah!!! Cantik, bijak dan hafizah.”
- “Syukur Alhamdulillah dan tahniah buat family D’ Kamarudin’s. Dr Fatin Nabihah ,beauty with brain.”
Sumber: Annie SK
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang